Hasan Cari Makan — Tokoh politik berkaliber dari Rompin

Bila disebut ungkapan Cari Makan, serta merta terlintas wajah seorang tokoh politik yang agak berprofil tinggi dari negeri Pahang.

Di hujung 90an beliau pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang. Ketika itu, graduan lepasan Universiti Malaya itu disebut-sebut sebagai bakal MB Pahang menggantikan Tan Sri (kini Tun) Mohd Khalil Yaakob.

Itulah Datuk Seri Hasan Ariffin, ahli parlimen Rompin yang ditewaskan calon Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (presiden Bersatu) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (presiden PAS) dalam PRU15 pada 29 November 2022.

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. 

Hasan tidak terpilih sebagai MB, sebaliknya Datuk Seri (kini Tan Sri) Adnan Yaakob, ADUN Pelangai berjaya menjadi Menteri Besar Pahang.


Penyokong Hasan diberitakan frust, termasuk AJK UMNO Bahagian Rompin, Encik Abdul Rahim Burok yang membuat ramalan meleset, iaitu "tak lama Adnan jadi MB..".

Sebaliknya, Adnan kekal sebagai MB selama 19 tahun, sebelum diambil alih oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, ADUN Jelai. Semestinya selepas mendapat perkenan Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah.

Namun, apa jasa Adnan kepada negeri Pahang sukar untuk dipastikan, sebagaimana pendahulunya juga
iaitu Tun Mohd Khalil Yaakob.

Mungkin inilah jasa Adnan:


Mengayuh basikal pulang dari kerja. Dari Wisma Sri Pahang, Kuantan ke kediaman rasminya di Jalan Teluk Sisek, berhampiran pantai Teluk Chempedak. Adnan diiringi sekumpulan polis dan ambulans yang bergerak perlahan di belakangnya.

Ini menimbulkan kemarahan orang ramai kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Berbalik kepada Hasan Arifin:

Beliau dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin dan juga mantan Timbalan Menteri Besar Pahang (1995-1999), mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, Pahang, mantan Ketua Bahagian UMNO Rompin dari 1990-2004, mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Kebangsaan dan mantan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang. 

Pada peringkat parti, beliau merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pahang.

Selain itu dalam dunia korporat, beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian negeri Pahang, Ahli Lembaga Pengarah Felda, Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) serta Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Berkaitan latar belakang pendidikan, Hasan mempunyai kelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan pernah mengikuti kursus pengurusan di Asian Institute Of Management, ManilaFilipina.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya beliau memulakan kerjayanya dengan agensi perkayuan Pahang iaitu Amanah Saham Pahang Berhad (ASPA).

Dalam bidang korporat pula, beliau dilantik sebagai pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Di TNB, beliau menggantikan Dato' Seri Mahdzir Khalid yang melepaskan jawatan pada 30 September 2021 apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hasan mula menyertai UMNO pada tahun 1976 dan kemudian dilantik menjadi ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan pada 1978. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian itu pada 1984 sebelum beralih angin ke kawasan Rompin dengan memegang jawatan yang sama pada 1986.

Semasa menjadi ADUN Bukit Ibam, Hasan berjaya membangunkan Projek Sawah Padi Paya Laka seluas 4,451.4 hektar di Kampung Sepayang Kuala Rompin (tempat kelahirannya) dan 6,070 hektar sawah padi di Paya Setajam, Kampung Setajam. 

Beliau juga bertangungjawab membangunkan kawasan perindustrian Gebeng yang sehingga kini menjadi antara nadi kegiatan ekonomi Pahang. Selain itu memainkan peranan untuk memastikan kejayaan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur selain memperbesarkan Pelabuhan Kuantan.

Hasan telah dicalonkan olehPerdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysiauntuk mengetuai jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan dilantik oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan SriPandikar Amin Mulia pada 19 Oktober 2015. Beliau mengambil alih dari Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meletak jawatan dari PAC selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri oleh Najib.

Beliau menjadi Pengerusi PAC dari Oktober 2015 hingga Mei 2018. Menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dari 2000 hingga 2003.

Hasan juga pernah terjebak dengan kontroversi.

Semasa memegang jawatannya sebagai pengerusi PAC, Hasan dituduh mengganggu siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad yang melibatkan Perdana Menteri Najib ketika itu oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan ahli PAC Encik Tony Pua. Dia dituduh mempunyai, antara yang lain, enggan menelefon saksi tambahan sebelum PAC, memotong bukti dari laporan 1MDB PAC dan mengabaikan bukti yang penting untuk siasatan. Berikutan pelantikannya, permintaan untuk membuka semula siasatan ditolak dan kemudiannya mendedahkan bahawa dia telah membuat percubaan untuk melindungi Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, lelaki yang menjadi pusat kepada skandal 1MDB, dengan menyunting bahagian yang melibatkan Low dalam laporan PAC. Terdahulu, beliau juga telah membatalkan keputusan pendahulunya untuk memanggil Low kepada PAC untuk disoal siasat.

Menurut bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi di Mahkamah Tinggi, pendengaran PAC mengenai kegagalan 1MDB pada tahun 2010 dan 2015 tidak ada kekecohan di mana Hassan sebagai Pengerusi PAC bersama anggota PAC Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan bersama ahli perniagaan buruan, Encik Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, berkomplot untuk merancang hasil perbincangan. Hasan dan Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen dari BN, didedahkan oleh Shahrol untuk menjadi konflik kepentingan kerana mereka adalah sebahagian daripada ahli PAC yang melatihnya mengenai apa yang dikatakan semasa pendengaran PAC.

Dalam satu insiden berasingan, dalam satu majlis makan malam bersama wartawan, atas kapasiti beliau sebagai pengerusi PAC, Hasan secara bergurau berkata beliau juga "Cari Makan" di mana kenyataan tersebut dikritik teruk. Ini kerana ia diinterpretasi dirinya sebagai pemimpin upahan, kurang bersih dan terdapat elemen rasuah.


Sumber dari laporan-laporan media dan Wikipedia.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Muhyiddin says MOU irrelevant, DPM Fadillah denies