Yang dicadang berundur dah jadi PM, yang mencadang pula tersingkir layu

Segmen Berita Flashback kali ini menyingkap kembali sebuah artikel terbitan Permadu Malaysia bertarikh 5 Januari 2022, dengan sedikit ubah suai.

Pemimpin Pejuang pertahan kenyataan Mukhriz gesa Anwar berundur

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempertahankan kenyataan presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar, atas) yang mencadangkan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berundur dengan mengatakan bahawa pembangkang harus menerima teguran ikhlas Mukhriz itu dengan hati yang terbuka demi meneruskan kelangsungan politik pembangkang.

“Seandainya pemimpin-pemimpin pembangkang mahu terus relevan serta diterima oleh rakyat jelata, Anwar harus digantikan dengan muka baru untuk memimpin gagasan pembangkang.

“Keputusan PRN Melaka dan Sarawak merupakan signal jelas para pengundi sedang menolak kepimpinan Anwar yang dianggap lapuk serta ketinggalan zaman.

“Politik ‘baling batu sorok tangan,’ ‘tikam belakang,’ ‘pecah dan perintah’ serta agenda kepentingan peribadi Anwar yang hanya mahu jadi perdana menteri Malaysia sudah tidak boleh diterima lagi di alaf moden ini,” katanya. 

Pemimpin PKR pula membidas kenyataan Mukhriz

Sementara itu, naib ketua pemuda PKR (AMK) cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman berkata presiden Pejuang Mukhriz Mahathir tidak layak untuk bercakap mengenai kepimpinan parti lain.

Menurutnya, ini memandangkan Pejuang sendiri merupakan sebuah parti yang sangat lemah dan belum berupaya membuktikan sebarang pencapaian politik setakat ini.

“Mukhriz sendiri ditolak dan dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali dan ini adalah cerminan kegagalan dan ketidakupayaan beliau untuk memimpin.

“Sebagai seorang pemimpin yang sangat lemah dan gagal, beliau tidak layak langsung berbicara soal kepimpinan parti lain.

“Saya optimis Parti Pejuang tidak akan punya masa depan yang gemilang jika Mukhriz terus menerajui parti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan temubual Mukhriz bersama stesen radio BFM semalam yang mengatakan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim bukan lagi calon untuk menjadi perdana menteri memandangkan masa presiden PKR itu sudah berlalu.

Mukhriz berkata demikian ketika ditanya jika dirinya mempunyai "sebarang isu" dengan Anwar sebagai calon perdana menteri selepas dia berkata bahawa Pejuang tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Syed Badli turut menyifatkan dakwaan Mukhriz bahawa kononnya PH memerlukan kumpulan baru untuk mengambil alih pucuk pimpinan sebagai dangkal sekali.

Selain Syed Badli, beberapa pemimpin PKR lain turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan itu semalam.

Seperti dilapor Malaysiakini, antara mereka, termasuk ahli parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim (gambar, atas) yang membalas kenyataan Mukhriz dengan membandingkan pimpinan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu bersama kerajaan PH, yang mengecewakan banyak pihak kerana memungkiri janji dengan enggan melepaskan jawatan perdana menteri yang telah dijanjikan kepada Anwar.


End©Permadu


Disediakan oleh Nazura Othman
Penulis Berita Permadu Malaysia




Dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir
 KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG


Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri