Sejak KK Mart berkembang maju, bisnes 7-Eleven merosot, jadi jangan letak kesalahan kepada Akmal seorang

Untuk mengatasi sesuatu masalah yang rumit, kita perlu mengenal pasti punca masalah itu sendiri. Menyalahkan seseorang individu tanpa analisis yang cermat, bukan sahaja tidak dapat meleraikan kompleksiti. Malah ia akan menjadikan masalah yang boleh dikawal kepada kecelaruan yang menghancurkan.

Oleh itu, menyalahkan Ketua Pemuda UMNO sebagai kambing hitam adalah satu kesilapan yang besar, walaupun ini akan menampakkan kita rasional dan mengutamakan keamanan.

Dia tak suruh bakar, serang atau bom KK Mart. Dia hanya menyeru orang ramai khususnya ahli UMNO memboikot kedai serbaneka itu. Tiada paksaan pun. Kalau nak boikot, boikotlah. Kalau tak mahu, tak payah.

Itu sahaja.

Ada orang kata dia keterlaluan dan mengambil kesempatan terhadap isu stoking tertera kalimah Allah untuk tujuan politik. Pada masa sama orang terlepas pandang serangan balas terhadap dia juga keterlaluan sekali nampaknya.

Mungkin ada faktor lain yang menyebabkan isu KK Mart diambil kesempatan. Pihak berwajib harus melihat secara lebih menyeluruh dan melakukan siasatan lebih terperinci dan adil kepada semua pihak terbabit.

Di sebalik titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas isu stoking yang tertera kalimah Allah, termasuk menghasut rakyat, pendirian Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh untuk memboikot KK Mart tetap tidak berganjak, menurut pandangan portal berita popular dari media arus perdana.

Menurut portal itu, Malaysiakini, ketika ditanya, jika dia akan akur dengan titah Seri Paduka Baginda dan kepimpinan UMNO pusat untuk semua pihak berhenti daripada terus memainkan isu berkenaan, Akmal menyoal: "Agong ada larang untuk tidak boikot ke?”

Dr Muhamad Akmal Saleh

Mengulas soalan sama ada dia akan mengambil tanggungjawab daripada memperbesarkan-besarkan isu itu, Akmal berkali-kali mendesak wartawan untuk menjelaskan apa yang dilakukannya yang boleh dianggap sebagai “mengapi-apikan lagi keadaan”.

“Awak jelaskan apa yang saya buat untuk mengapikan-apikan (keadaan) kemudian, saya jawab soalan,” katanya.

Sebelum itu, dalam satu hantaran di Facebook, memberi bayangan kempen boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart akan tetap diteruskan di sebalik arahan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO melalui presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, pemimpin tidak perlu gentar membawa suara rakyat yang telah membuat keputusan.

"Pemimpin perlu membawa suara rakyat tanpa rasa gentar. Rakyat sudah membuat keputusan mereka tanpa sebarang paksaan.

"Kekal tenang dan teruskan boikot secara aman. Kekal berprinsip," tulisnya.

Terdahulu media dan portal ini ada melaporkan MKT UMNO melalui Ahmad Zahid telah mengarahkan supaya ketua pemuda parti itu berhenti daripada terus memainkan isu stoking tertera kalimah Allah.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memaklumkan perkara itu berkata arahan tersebut selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya menghentikan isu berkenaan daripada terus menjadi polemik.

Katanya, tidak timbul soal bersetuju atau tidak dengan tindakan Akmal menekan KK Mart dalam isu itu kerana UMNO telah membuat keputusan mahu perkara itu dihentikan.

"Presiden UMNO sudah minta Akmal (menghentikannya) dan menjelaskan bahawa KK Mart tidak membuat perancangan mengenai perkara itu, kita terima hakikat perkara itu perlu dihentikan.

"Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan supaya menghentikan isu itu dan bagi saya itu sudah memadai," kata Bung.

Awal hari ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika berkenan menerima mengadap pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan KK Supermart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, juga mengingatkan supaya jangan ada pihak mengambil kesempatan, termasuk menghasut rakyat.

Sambil bertitah menekankan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati, Seri Paduka Baginda juga mengingatkan mereka supaya lebih bertanggungjawab.

"Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini.

“Sekali lagi, saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Selain menjadi sasaran kempen boikot, tiga kedai serbaneka kumpulan KK Mart, baru-baru ini juga diserang cubaan bom api.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Muhyiddin says MOU irrelevant, DPM Fadillah denies