Selepas Muhyiddin nafi terlibat kes Spanco, SPRM pula nafi tuduh Muhyiddin

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi menuduh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terbabit dalam salah laku berhubung pemberian kontrak pembekalan dan penyelenggaraan kerajaan kepada Spanco Sdn Bhd (Spanco).

Agensi berita nasional Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebagai berkata, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini bersifat umum dan tidak pernah mengaitkan Muhyiddin dalam kes berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan maksud penafian dibuat Muhyiddin.

"Apa maksud dia (penafian Muhyiddin) sebenarnya?, Saya hanya membuat kenyataan (isu Spanco) apabila ditanya (media) sama ada beliau (Muhyiddin) akan dipanggil (memberi keterangan).

"Saya menyatakan tidak menafikan, mahu pun tidak menolak (panggil Muhyiddin beri keterangan) namun ia bergantung kepada pegawai penyiasat SPRM.

"Jadi saya sebenarnya tidak lagi mengatakan serta tidak membuat membuat sebarang andaian (mengaitkan Muhyiddin dalam isu Spanco). Itu satu perkara biasalah bila kita membuat kenyataan tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku (dalam siasatan SPRM)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pejabat SPRM Cawangan Mersing dan Ikrar Bebas Rasuah di Dewan Jubli Intan Mersing.

Hadir sama, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias dan Pegawai Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah.

Pada Sabtu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dilaporkan menafikan dakwaan beliau terbabit dalam salah laku berhubung pemberian kontrak pembekalan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan kepada Spanco.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sehingga kini tohmahan jahat itu berlegar di media massa dan media sosial tanpa butiran lengkap bagaimana beliau terbabit dalam perkara terbabit dan salah laku berkenaan.

Mengulas lanjut, Azam berkata, SPRM akan memanggil Muhyiddin memberi keterangan jika ada keperluan berbuat demikian bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

"Oleh sebab itu, saya katakan kalau ada keperluan, saya serahkan kepada pegawai penyiasat untuk memanggil sesiapa jua termasuk Muhyiddin.

"Khamis lalu, saya menyatakan beberapa saksi sudah dipanggil memberi keterangan termasuk bekas menteri kewangan yang terbabit dalam pemberian kontrak Spanco.

"Saya juga ketika itu menyatakan tidak akan menolak memanggil sesiapa sahaja yang terbabit dalam kuasa meluluskan projek berkenaan," ujarnya.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!