Personaliti gaya hidup ala agamawan merangkap ahli perniagaan

Hidup mewah dari hasil kutipan derma

Seorang individu mencuri perhatian di laman X selepas dia membuat pendedahan tentang sisi gelap sebuah rumah anak yatim yang pernah didiaminya sebelum ini.

Dakwa pengadu, individu yang menguruskan rumah anak yatim tersebut hidup senang dengan wang bantuan sehingga membutakan mata soal dosa dan pahala.

“Aku pernah duduk rumah anak yatim. Aku nak jujur. Mereka main duit.

Pengerusi bukan senang, tiba-tiba lepas buka rumah anak yatim, auto kaya.

“Aku tahu cerita sebab owner dia masa mula-mula buka rumah anak yatim tu, dia minta tolong ayah aku letak kami adik-beradik kat rumah dia sebab nak cari budak susah. Kalau tak ada budak, tak ada bantuan,” dakwanya.

Tanpa mendedahkan lokasi secara tepat, pengadu turut mendakwa dia dan penghuni lain berdepan layanan kasar daripada pengelola rumah anak yatim itu termasuk sering dirotan di tapak kaki.

“Masa aku kecil-kecil dulu, aku selalu kena rotan atau pukul dengan warden kat rumah anak yatim tu. Apabila besar, aku rasa benda tu silap. Tu kena dera, bukan kena rotan biasa tau.

“Sekali rotan 20 hingga 30 kali, menangis kawan-kawan aku merayu suruh dia stop. Kami kena rotan kat tapak kaki. Lepas kena rotan tu, sakit nak jalan,” dakwa pengadu yang tidak mendedahkan identitinya.

Selain layanan teruk yang diterima, dia mendakwa warden rumah anak yatim itu juga pernah membuang makanan yang disedekahkan oleh pihak luar.

“Kami dapat banyak bantuan makanan. Nak sembang KFC atau McDonald’s kami dah muak. Ada orang tu pergi beli KFC bagi kami. Kami semua tak sentuh, lepas tu warden aku buang dalam tong sampah je.

“Orang tu datang balik, tengok KFC dia dalam tong sampah, marah-marah kat warden kami. Terus tak datang dah. Time dekat raya orang bawa kami shopping sampai baju raya tujuh helai. Baju sekolah pun banyak. Akhirnya mereka kutip dan jual balik,” ceritanya.

Tambah pengadu lagi, penghuni biasanya akan menerima bantuan berbentuk wang, namun ia akan dipegang oleh pengurusan rumah anak yatim berkenaan.

“Apabila kami pergi rumah terbuka atau event besar, kami selalu dapat duit tangan tau. Kadang-kadang paling sikit dapat RM10 atau RM20, paling banyak RM250 seorang.

“Warden aku cakap duit tu nanti apabila kami keluar rumah baru boleh dapat guna untuk nak sambung belajar ke apa. Tapi apabila keluar dapat RM200 je seorang.

“Aku rasa lebih kot (duit simpanan), RM30,000 macam tu sebab kami ada tulis berapa kami dapat,” dakwanya lagi.

Luahan pengadu itu hingga kini sudah dilihat lebih 360,000 pengguna laman X selain menerima lebih 1,800 ulang kicau dan turut dihujani komen netizen yang bersimpati dengan nasibnya serta penghuni yang lain.

“Benda ni dah lama. Tu sebab kalau nak sedekah, aku cari yang betul susah. Tak pun aku dahulukan ahli keluarga sendiri.

“Gilalah orang macam ni, memang tak nampak dosa ke? Dah la makan duit anak yatim. Orang nak bersedekah pun jadi skeptikal.

“Legit. Ada kawan sendiri buka cerita dia masuk pusat tahfiz. Sama sebiji jalan cerita,” tulis netizen.


Adaptasi dari sebuah artikel terbitan portal Info Rakyat bertarikh 10 Februari 2024, hasil nukilan Mohd Fahmi Mustaqim.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Muhyiddin says MOU irrelevant, DPM Fadillah denies