Dengar khabar rangkaian pasar raya Ebit Lew ditutup berperingkat

Akhbar popular Bahasa Melayu semalam melaporkan bahawa di media sosial kecoh satu notis yang tular mendakwa cawangan kedai serbaneka Elews Mart milik pendakwah bebas, hartawan, dermawan dan ahli perniagaan Ebit Lew ditutup secara berperingkat mulai 15 Januari lalu.


Menurut portal berita akhbar berkenaan, Kosmo! Online, notis tersebut didakwa dikeluarkan oleh Elews Mart Sdn. Bhd. serta dikatakan ditujukan kepada pembekal premis itu yang menggunakan jenama berkonsepkan nama pemiliknya.

“Adalah dimaklumkan bahawa Elews Mart Sdn. Bhd. akan menutup semua cawangan Elews Mart secara berperingkat bermula 15 Januari.

“Sehubungan itu, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar,” menurut notis tersebut yang bertarikh 15 Januari.

Bagaimanapun, tinjauan pada laman web Elews Mart Sdn. Bhd. tidak dipamerkan notis tersebut.

Dalam masa sama, Facebook dan Instagram rasmi Elews Mart juga sudah lama tidak memuat naik hantaran atau promosi baharu dengan kali terakhir ialah pada 11 September 2023.

Sementara itu, netizen turut berkongsi cawangan Elews Mart di tempat mereka didakwa telah tutup.

“Elews Mart di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi melabuhkan tirai. Sebelum ini di Bandar Baru Bangi, ada tiga cawangan gulung tikar,” dakwa pengguna Twitter.

“Cawangan di Shah Alam pun dah tutup dua minggu lepas. Sebelum ni tak salah nampak lori dah angkut habis semua,” dakwa pengguna yang lain.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!