C.I.N.T.A... Sebut LTAT Teringat Pula LCS

Ketika berseorangan memandu hari ini, berkumandang di radio lagu popular konsep mengeja tahun 90an CINTA nyanyian kumpulan muzik tempatan XPDC. Sambil mendengar, Saya turut ikut menyanyi dengan menukar lirik daripada CINTA kepada LTAT.

Namun suara saya sumbang apa lagi LTAT hanya ada empat suku kata. Untuk menambah baik, saya tambah tiga lagi. LCS.

Pun sumbang juga. Sebab terlebih suku kata pula. 

Jom dengar lagu berkonsepkan mengeja, CINTA...

Beberapa hari lalu orang ramai dikejutkan dengan satu lagi peletakan jawatan pegawai kanan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), begitulah petikan sebuah artikel terbitan portal berita arus perdana Malaysiakini hari ini.

Rencana berunsur analytical itu memberi banyak fakta mengenai LTAT. Namun, mungkin atas kekangan tertentu, ia tidak memberi sebarang jawapan mengapa semacam ada sesuatu yang tidak kena dengan LTAT.

Sebagaimana hairannya kita mengapa isu LCS terus diperbisukan. Bila orang hairan, maka banyaklah rekaan dan spekulasi.

Seperti diketahui, secara keseluruhan setakat ini sudah ada tiga pegawai tertinggi LTAT yang mengumumkan pengunduran mereka dari entiti itu hanya dalam tempoh kurang dari sebulan.

Ia bermula dengan perletakan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO), Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman pada 31 Januari, ia diikuti pula oleh pengerusinya, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada 8 Februari 2024.

Pada 19 Februari lalu Pengarah Kanan Strategik LTAT, Puan Dayana Rogayah Omar, dilaporkan mengemukakan surat perletakan jawatannya.

Pada awalnya LTAT membuat kenyataan bahawa Raja Mohamed Affandi bersara, namun perhatian bertambah ke arah lembaga itu apabila bekas panglima angkatan tentera itu sendiri menafikannya.

Kata Raja Mohamed Affandi dia sebenarnya meletakkan jawatan.

Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

Tindakan tiga pegawai kanan LTAR itu menimbulkan persoalan apakah badan yang menguruskan tabung persaraan untuk lebih 120,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang dibelenggu krisis dalaman.

Apakah LTAT?

LTAT ditubuhkan mengikut Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 pada Ogos 1972. Ia merupakan sebuah badan berkanun yang menyediakan kemudahan skim simpanan persaraan untuk pegawai dan anggota pangkat lain ATM, serta anggota kerahan sukarela.

Pindaan terkini kepada akta tersebut dibuat pada 1 Nov 2022. Ketika ini terdapat seramai 116,456 anggota ATM dengan 110,792 anggota aktif.

Di bawah skim LTAT, pencarum dikehendaki mencarum 10 peratus daripada gaji bulanan mereka ke situ, manakala kerajaan mencarum sebanyak 15 peratus lagi.

Bagi skim simpanan sukarela, mereka dibenarkan mencarum sekurang-kurangnya RM25 sebulan atau maksimum RM2,000 sebulan.

Selain menerima dividen tahunan, pencarum juga menimmati faedah bayaran skim kematian dan hilang upaya. Selain itu ia juga menyediakan bantuan pengeluaran membeli rumah, pengeluaran melaksanakan haji dan pendidikan.

Sehingga 31 Dis 2022 LTAT mempunyai aset sebanyak RM10.3 bilion.

Pada 2022 LTAT mengisytiharkan dividen 5 peratus kepada ahlinya berbanding 4.1 peratus pada 2021, 3.5 peratus pada 2020, 2.5 peratus pada 2019 dan 2 peratus pada 2018.

Mampan 25

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan bahawa Ahmad Nazim meletak jawatan selepas berasa bimbang dengan keputusan untuk menangguhkan Pelan Strategik LTAT 2023-2025 (Mampan 25).

Penangguhan itu dilaporkan berpotensi menjejaskan pelaksanaan dan menimbulkan risiko besar kepada kunci kira-kira LTAT.

Selain itu, langkah tersebut juga dibimbangi memberi kesan kepada keupayaan LTAT memenuhi sasaran dividen minimum untuk 2023.

Mohamad Hasan

Mampan dilancarkan pada 13 Julai 2023 oleh menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan ia menjadi hala tuju baru LTAT menghadapi cabaran ekonomi.

Dilaporkan bahawa Mampan 25 akan dapat melindungi kebajikan sosial para pencarum dan menjadi pemangkin transformasi ke arah sebuah kumpulan wang simpanan yang mampan.

Ia mempunyai empat teras terdiri daripada pertumbuhan, ketahanan, impak dan kepercayaan; dengan berlatar belakang komitmen untuk mengurus wang persaraan anggota tentera dengan lebih baik.

Penjualan Boustead Plantations Bhd, piket LTAT

Pada September 2023, LTAT dikritik oleh wakil rakyat pembangkang ekoran keputusan badan berkanun itu menjual Boustead Plantations Bhd (Boustead Plantations).

Mohamad berkata penjualan Boustead Plantation adalah perlu bagi meningkatkan kecairan aset LTAT.

Dia menjelaskan, LTAT sebagai pengurus dana pencen untuk angkatan tentera ketika itu mempunyai kecairan aset kurang daripada 20 peratus.

Situasi itu berlaku kerana lembaga dana meletakkan 56 peratus daripada pelaburannya ke dalam Boustead Holdings Bhd (Boustead Holdings) yang merupakan syarikat induk Boustead Plantations.

Menurut Mohamad, dengan meletakkan sebahagian besar pelaburannya "dalam satu bakul" LTAT berdepan risiko besar sekiranya apa-apa berlaku kepada Boustead.

Katanya, langkah penjualan tersebut akan membantu LTAT meningkatkan kecairan asetnya kepada lebih 60 peratus.

Kecairan aset merujuk kepada keupayaan menukar aset kewangan menjadi tunai tanpa perubahan pada harga pasarannya.

Sehingga 4 Oktober 2023, cadangan penjualan 33 peratus kepentingan dalam Boustead Plantations kepada Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) masih dalam perbincangan.

Namun pada 9 Oktober 2023, Dewan Rakyat diberitahu Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk memberikan jaminan kerajaan kepada LTAT untuk membeli Boustead Plantations.

Keputusan kerajaan untuk menjamin pinjaman RM2 bilion LTAT adalah keputusan kabinet.

LTAT juga menarik perhatian ramai apabila pada Julai 2022 lebih 100 kakitangan badan berkanun itu mengadakan piket kerana kecewa dengan pihak pengurusan yang didakwa mereka tidak melayan pelbagai tuntutan dan isu yang dibangkitkan.

Perkembangan itu hadir selepas lebih dua tahun pengurusan LTAT enggan membayar tunggakan pelarasan gaji melalui semakan semula skim gaji dan skim perkhidmatan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2020.

Presiden Kesatuan Kakitangan LTAT (KKLTAT) Encik Zulharith Shahrizzan Kumar Abdullah berkata piket berkenaan diadakan untuk menarik perhatian pihak pengurusan yang tidak melayan tuntutan dan isu yang dibangkitkan oleh kesatuan terbabit dengan tidak memberi jawapan konkrit serta tidak berpihak kepada pekerja.

"Piket adalah jalan yang terbaik untuk menyedarkan pengurusan LTAT bahawa KKLTAT berperanan dan berfungsi bukan untuk kepentingan peribadi tetapi memperjuangkan kebajikan pekerja yang telah diketepikan.

"Pihak pengurusan LTAT tidak membuat perbincangan atau rundingan bersama dan mengetepikan segala pandangan KKLTAT dalam tuntutan-tuntutan yang dibangkitkan," katanya.

Kenyataan menteri

Sehingga kini menteri pertahanan semasa, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin masih tidak memberi sebarang kenyataan rasmi berhubung krisis yang berlaku dalam LTAT.

Sebelum ini Naib Presiden UMNO itu hanya membuat kenyataan mengesahkan Mohamed Affandi meletakkan jawatan itu secara sukarela.

Namun, media turut melaporkan Khaled sebagai berkata permasalahan dalam LTAT bukanlah disebabkan perbuatannya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri