Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyampaikan bantuan banjir sumbangan Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim peringkat Jajahan Pasir Mas di Dewan Utama, Kompleks Apam Putra, di Pasir Mas. (Gambar Harian Metro oleh SITI ROHANA IDRIS)

Kerajaan negeri bercadang untuk memasang jaring di beberapa lokasi yang kerap berlaku kes terjun jambatan di negeri ini.

Akhbar harian Bahasa Melayu popular Harian Metro melaporkan semalam bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

"Kita akan bincang untuk buat jaring tapi buat masa terdekat ini kita mulakan dengan Solat Hajat dulu di kawasan Jambatan Tendong (Pasir Mas), pada 5 Februari ini, jam 10 pagi mohon pada Allah supaya dihindarkan daripada ada mangsa seterusnya.

"Berkenaan cadangan dibina penghadang jambatan oleh pihak bomba, ia boleh dipertimbangkan supaya tidak berlaku lagi kejadian tidak diingini di masa akan datang.

"Melakukan tindakan tak sepatutnya seperti terjun jambatan bukan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi kerana semua ada jalan penyelesaian," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu Mohd Nassuruddin hadir menyampaikan bantuan banjir sumbangan Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim peringkat Jajahan Pasir Mas di Dewan Utama, Kompleks Apam Putra, di sini.

Seramai 508 mangsa banjir membabitkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Apam Putra, Meranti dan Gual Periok hadir menerima bantuan bernilai RM300 setiap seorang.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya sudah bersiap sedia jika banjir gelombang keempat berlaku memandangkan hujan lebat sejak tiga hari lalu.

"Kebiasaan kita di Kelantan banjir berlaku sebanyak tiga gelombang cuma kadang-kadang sahaja menjadi empat (gelombang).

"Tapi kalau ada (gelombang keempat), kita memang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi banjir cuma berdoa tiada walaupun tempohnya sehingga Mac," katanya.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!