"Dia" Itu Siapa? Mahathir berdepan risiko didakwa?

Isu hina raja, Mahathir kata apa yang dia kata orang sudah tahu

Dr Mahathir Mohamad

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mempertahankan kenyataannya yang mendakwa bahawa Raja-Raja Melayu telah "menyerahkan negeri mereka", semasa zaman penjajahan British, untuk kekal berkuasa dan untuk gelaran "Raja".

Bercakap pada sidang media petang semalam, Mahathir berkata "semua orang tahu" bahawa Raja-Raja Melayu menjual tanah untuk mendapatkan hasil.

"Saya sebut something berkenaan Raja-Raja Melayu, dulu macam mana mereka tidak ada duit, simpan cukai dan sebagainya.

"Dan saya kaitkan dengan apa berlaku di Johor. Ini kenyataan, semua orang tahu. Takkan tak boleh cakap.

Jual tanah RM4 bilion - dakwaan sangat serius jika tidak benar

"Semua tahu dia jual tanah. Dia jual tanah RM4 bilion.

"Saya jumpa orang Cina tu, dia bangga beli tanah RM4 bilion.

"Dan tanah tu kekal selama-lama sampai akhirat, tanah tu dah bagi pada orang itu," Malaysiakini memetik Mahathir sebagai berkata pada sidang media tersebut selepas Mesyuarat Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, di Kuala Lumpur, semalam. 

Bekas ahli parlimen Langkawi itu berkata demikian ketika diminta mengulas status siasatan yang dilancarkan polis terhadapnya baru-baru ini.

Pada 3 Jun lalu, media melaporkan bahawa kertas siasatan ke atas Mahathir berhubung isu dia didakwa menghina institusi Raja sudah disiapkan.

Peguam Rafique Rashid Ali yang mewakili Mahathir berkata bekas perdana menteri itu disoal mengenai video yang dikatakan menunjukkan pemimpin berusia 97 tahun itu bercakap di sebuah majlis.

Dalam video itu, Mahathir didakwa membuat kenyataan bahawa orang Melayu tidak boleh bergantung kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi mereka.

Mahathir juga mendakwa bahawa Raja-Raja Melayu telah "menyerahkan negeri mereka", semasa zaman penjajahan British, untuk kekal berkuasa dan untuk gelaran "Raja".

Mahathir disoal siasat oleh polis di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas dakwaan “aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.”


Sementara itu, ahli parlimen kontroversi RSN Rayer (Pakatan Harapan-Jelutong) di Dewan Rakyat semalam menggesa kerajaan menarik balik anugerah darjah kebesaran Mahathir yang membawa gelaran Tun. Rayer juga meminta Mahathir menghentikan segera perbuatannya mengkritik Raja-Raja.

Dalam respons segera hari ini, peguam Mahathir memberitahu Rayer biarlah undang-undang yang menentukan tindakan seterusnya.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

Tinjauan terbaru menunjukkan PN bakal tawan Selangor

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

Tinjauan dapati kecenderungan memilih profesion agamawan/pendakwah mungkin terjejas

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?