Jalan nama TEMERLOH di Australia
TEMERLOH AVENUE DI WAGGA WAGGA, AUSTRALIA, WAGGA WAGGA AVENUE DI TEMERLOH, PAHANG, MALAYSIA
![]() |
| Mohd Sharkar Shamsudin di Wagga Wagga, New South Wales, Australia pada 23 September, 2022. |
Sama-sama kita ikuti teks ucapan pemimpin popular dari Temerloh, Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin, EXCO Kerajaan Negeri Pahang, di City Council Wagga Wagga (Majlis Bandar Raya Wagga Wagga), New South Wales, Australia dalam satu majlis yang berlangsung di pejabat City Council Wagga Wagga pada 23 September 2022:
Asalamualaikum and A very Good morning.
Honorable Deputy Mayor Cr Jenny McKinnon, General Manager Mr Peter Thompson, Ladies and gentlemen.
1. Firstly, I would like to thank the Honourable Deputy Lord Mayor and the Council Members of Wagga Wagga for receiving us and giving us the opportunity to be here in beautiful Wagga Wagga today. We feel extremely glad that we are able to renew the ties bound some time ago with the hope of extending our two-way relationship and a fostering a better understanding between Australia and Malaysia.
![]() |
| Wagga Wagga Avenue di Temerloh, Pahang, Malaysia |
2. I would like to extend the best wishes from the Right Honourable the Chief Minister of Pahang. With me today are:
i. Dato Sri Sallehuddin Ishak, the State Secretary of Pahang & wife
ii. Dato Ridzuan Hazimin, Mr Rozlan Manaf, Members of the Temerloh District Council, Dato Akbar Abu, Mr Zack Lias, Mr Amar Aziz
iii. Board Member Dato Ishak Mokhtar and General Manager of Tourism Pahang Mr Kamaruddin Mohamed & Mr Hazrul.
3. We come here today to Wagga Wagga to re-establish the long relationship between the towns of Wagga Wagga and the town of Temerloh in our state of Pahang. It has been more than 58 years since 1965 when our predecessors established the friendship between the two towns through the formation of a Wagga Wagga - Temerloh Good Neighbour Association and later Temerloh being adopted as a sister city of Wagga Wagga.
4. We are forever grateful for the help and support extended to the people of Temerloh by the people of Wagga Wagga during days when our country was still very young. We were still in the process of starting to build our nation then and the assistance extended by the people of Wagga Wagga in our health care, financial and educational support to our students went a long way into contributing to the lives of Temerloh as it is today. The donation of a Land Rover and a medical diagnostic set by the people of Wagga Wagga to Temerloh Baby Health Clinic was certainly gifts highly appreciated by the people of Temerloh.
It give us great pride that Wagga Wagga City Council have given Temerloh the honour by naming one of its road as Temerloh Avenue. Today, in return, we have also officially named one of the major roads in Temerloh City as Wagga Wagga. We hope that this will create greater awareness amongst the people of Temerloh, in particular and Pahang in general about Wagga Wagga and the importance of the link between the two cities.
5. Allow me to say a few words about the district and the town of Temerloh. Temerloh district is the second largest district in the state of Pahang with a population of about 160,000. Situated about 130km from Kuala Lumpur, it is located in the middle of Peninsula Malaysia. It is a thriving district popular amongst local tourists as a culinary tourism destination. Among the other attractions in the district are the Elephant Sanctuary, Gaur (wild cattle) breeding centre and the latest exciting attraction, the Tiger Valley. Temerloh is also popular for its homestay programme, endorsed by Ministry of Tourism.
6. We hope that the relationship between Wagga Wagga and Temerloh will continue to thrive and create better understanding between the people of both cities. Thank you.
——————————-
Terjemahan dalam Bahasa Melayu
Asalamualaikum dan Selamat Pagi
1. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Datuk Bandar dan Ahli Majlis Wagga Wagga kerana menerima kami dan memberi peluang untuk kami berada di sini di Wagga Wagga yang indah hari ini. Kami berasa amat gembira kerana dapat memperbaharui hubungan yang pernah terjalin suatu masa dahulu dengan harapan dapat meneruskan lagi hubungan dua hala dan memupuk persefahaman yang lebih baik antara Australia dan Malaysia.
2. Saya ingin menyampaikan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Bersama saya hari ini ialah:
i. Dato Sri Sallehuddin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Isteri
ii. Dato Ridzuan Hazimin, Sdr Rozlan Manaf Ahli Majlis Daerah Temerloh,Dato Akbar Abu, Sdr Zack Lias & Sdr Amar Aziz.
iii. Ahli Lembaga Pengarah Dato Ishak Mokhtar dan Pengurus Besar Tourism Pahang Sdr Kamaruddin Mohamed & Sdr Hazrul dari Tourism Pahang.
3. Disini, kami ke Wagga Wagga hari ini adalah untuk mengeratkan kembali hubungan lama antara Bandar Wagga Wagga dan Bandar Temerloh di negeri Pahang. Lebih 58 tahun sejak 1965 apabila dahulunya kita menjalinkan persahabatan antara kedua-dua bandar melalui pembentukan Persatuan Jiran Baik Wagga Wagga - Temerloh dan kemudiannya Temerloh diterima pakai sebagai bandar bersaudara Wagga Wagga.
4. Kami sentiasa berterima kasih atas bantuan dan sokongan yang dihulurkan kepada penduduk Temerloh oleh penduduk Wagga Wagga pada zaman negara kita masih lagi baru. Kami dalam proses untuk membina sebuah negara ketika itu dan bantuan yang dihulurkan oleh penduduk Wagga Wagga dari segi penjagaan kesihatan, kewangan dan sokongan pendidikan kepada pelajar kami telah banyak menyumbang kepada kehidupan penduduk Temerloh seperti hari ini. Sumbangan Land Rover dan set diagnostik perubatan penduduk Wagga Wagga kepada Klinik Kesihatan Bayi Temerloh sememangnya hadiah yang amat dihargai oleh warga Temerloh.
Kami amat berbangga kerana Majlis Bandaraya Wagga Wagga telah memberi penghormatan kepada Temerloh dengan menamakan salah sebuah jalannya sebagai Temerloh Avenue. Hari ini, sebagai balasan, kami juga secara rasmi menamakan salah sebuah jalan utama di Bandar Temerloh sebagai Wagga Wagga Avenue. Kami berharap ini dapat mewujudkan kesedaran yang lebih besar dalam kalangan penduduk Pahang, dan Temerloh khususnya, tentang Wagga Wagga dan kepentingan hubungan antara kedua-dua bandar.
Sharkar mempromosi Temerloh
5. Izinkan saya mengucapkan sepatah dua kata tentang daerah dan pekan Temerloh. Daerah Temerloh merupakan daerah kedua terbesar di negeri Pahang dengan jumlah penduduk kira-kira 160,000 orang. Terletak kira-kira 130km dari Kuala Lumpur, ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia. Ia merupakan daerah yang semakin berkembang maju dan terkenal dalam kalangan pelancong tempatan sebagai destinasi pelancongan makanan. Antara tarikan lain di daerah ini ialah Santuari Gajah, pusat ternakan Gaur (lembu liar) dan tarikan menarik terbaru, Lembah Harimau. Temerloh juga terkenal dengan program inap desa (homestay) yang disokong oleh Kementerian Pelancongan.
6. Kami berharap hubungan antara Wagga Wagga dan Temerloh akan terus berkembang dan wujudnya persefahaman yang lebih baik antara penduduk kedua-dua bandar ini.
Terima kasih.
Penampilan bintang legenda bolasepak Malaysia Dato' Dollah Salleh adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini dan blog Permadu Malaysia.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG















Comments
Post a Comment