Ismail Sabri pakai baju berharga RM5,500 pakaian bintang filem
Pelakon filem berbakat dari Bera
Baju yang dipakai Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura di Tokyo pada hari Rabu menjadi buah mulut pengguna media sosial, demikian menurut laporan Malaysiakini pagi tadi.
Sekali pandang mirip seniman Aziz Singah |
Menurut laman web Burberry Malaysia, baju itu berharga RM5,500.
Penerangan baju itu menyatakan bahawa ia diperbuat daripada kapas tenunan Itali, dan mempunyai butang ibu-mutiara, dan dibuat di Itali.
Untuk sedapkan hati pengundi ada yang andaikan baju Ismail baju tiruan
Tidak dapat dipastikan sama ada baju yang dipakai Ismail asli atau tidak.
Bagaimanapun, ramai netizen menyatakan rasa terkejut dengan kos baju itu, dan ahli politik pembangkang turut serta menyindir perdana menteri.
Peragawan pertunjukan fesyen
Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming berkata Ismail kelihatan berpakaian untuk pertunjukan fesyen dan bukannya pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Secara kebetulan, ciapan promosi Netflix Malaysia untuk musim terbaru siri Stranger Things, memaparkan pelakon Caleb McLaughlin memakai baju corak yang sama seperti Ismail.
Ini bukan kali pertama pilihan fesyen Ismail mendapat perhatian.
Semasa sekatan pergerakan pada 2020, netizen rajin menjejaki koleksi baju batik Ismail yang akan dipakainya semasa sidang akhbar hariannya.
End©Permadu
Adaptasi oleh Fauzi Kadir |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG
Comments
Post a Comment