Chef Wan puji menantu polis suami Serina

Chef Wan kata menantu baru tak bangsat

Semalam, portal hiburan tempatan Murai menyiarkan artikel personaliti masakan terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, lebih dikenali sebagai Chef Wan, tampil mendedahkan sikap suami anak perempuannya, Serina yang merupakan seorang pegawai polis selepas mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Chef Wan mendedahkan sikap menantunya itu yang senang diajak untuk berbicara dan bukan seorang yang sombong.

Tambahnya lagi, Chef Wan menceritakan bahawa dia memberikan sedikit wang buat Serina dan suami sebagai hadiah kecil serta mahu membelikan mereka sebuah sofa yang baharu buat mereka berdua.

 

“Mereka baru sahaja membeli rumah di Perlis dan kini sedang banyak diubahsuai. Saya memberikan mereka sedikit wang untuk membantu dan mahu membelikan mereka sofa baharu," kata Chef Wan.

Netizen puji 

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Chef Wan terhadap anak perempuan dan menantunya itu malah ada yang turut mendoakan agar perkahwinan Serina kali ini kekal sehingga akhir hayat.


Terdahulu, nama Serina menjadi tumpuan selepas mengumumkan dirinya telah selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada seorang pegawai polis. Namun, hari bahagia bertukar sebaliknya apabila Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mengetahui pengumuman pernikahan Serina daripada kakaknya, selain mendakwa pasangan itu bernikah di Thailand.

Walaubagaimanapun, Serina menafikan dakwaan dia telah bernikah di negara jiran dan menegaskan majlis itu diadakan di Perlis.


End©Permadu


Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Persiapan Berita
dibantu oleh Rahayu Manshor

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG


Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!