Penyanyi Yasin tenang berdepan hukuman mati
Penyanyi nasyid dan lagu komersial berkonsepkan kearaban, Yasin Sulaiman berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya, pada 24 Mac lalu, demikian menurut laporan Harian Metro . Muhammad Yasin Sulaiman (Gambar Harian Metro) Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah. Mengikut pertuduhan, penyanyi popular dengan lagu Mimpi Laila didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram. Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di Petaling Jaya, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu. Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya...