Menantu Zahid Hamidi di belakang RFID?

Netizen bongkar siapa di belakang RFID yang gagal… Setelah berlaku kekecohan di Plaza Tol apabila SmartTAG dihapuskan dan diganti dengan RFID, ramai yang bertanya siapakah di belakang RFID.

Netizen bongkar siapa di belakang RFID yang gagal...

RFID mula diperkenalkan pada tahun 2018 dan menjalani proses percubaan dan umum tahu sambutan tak berapa walaupun pada mulanya diberi secara percuma. Banyak sebab kenapa ramai mengekalkan SmartTAG dan antara penyebab ianya boleh digunakan pada banyak secara bergilir, selalu sangkut kerana teknologi lama dan pelekat mudah rosak.

Tiba-tiba secara mengejut pada tahun lepas ianya muncul semula dengan tindakan drastik untuk ditukar pada SmartTAG. Jelas pada hari pertama di buat kebimbangan rakyat adalah benar apabila berlaku huru hara.

Sistem RFID yang digunakan oleh Plus terbahagi kepada 2 iaitu Hardware & Software dan E-wallet yang berkaitan pembayaran. Hardware & Software yang merupakan punca masalah di bekalkan oleh syarikat SMTrack Sdn Bhd. Syarikat menjalankan perniagaan berkaitan RFID dengan mereka bentuk, mengaktifkan dan mengedar.

Netizen bongkar siapa di belakang RFID yang gagal...

Pada 26 Julai 2021 berlaku kejutan di Bursa Saham apabila saham syarikat ini melonjak 50% dari 9.5 sen kepada 12 sen dengan jumlah dagangan melibatkan jumlah dagangan 84 juta unit saham. Rupa-rupanya pada hari tersebut Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, yang juga menantu Dato’ Sri Ahmad Zahid Hamidi, dilantik sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif.

Dalam masa yang sama syarikat ini juga mendapat projek dari Digital National Berhad (DNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) dalam 5G Malaysia.

Dalam masa yang sama SMTrack juga dipilih di Malaysia sebagai satu-satunya syarikat untuk membuat perancangan, dan memimpin negara dalam reknologi pendigitalan dalam teknologi digital e-wallet melalui telefon bimbit. Secara jelas syarikat SMTrack telah mendapat taraf monopoli dari Kerajaan Malaysia.

Dalam masa yang sama jutawan hartanah Country Height Holding Tan Sri Lee Kim Yew pada 29 Disember 2021 telah mengambil alih 28.5 juta saham dalam SMTrack atau 5.051% pegangan.

Jelas kepada kita tindakan menggantikan SmartTAG kepada RFID mempunyai kaitan secara langsung dengan kepentingan politik pihak tertentu. Inilah yang berlaku bila Be End kembali sebagai kerajaan.


Sumber:
https://www.facebook.com/groups/850720618812437/permalink/1031274554090375/

Dipetik dengan sedikit pengeditan dari blog Info Rakyat siaran 28 Januari 2022. Permadu Malaysia melihat kandungan artikel ini bukanlah satu dakwaan atau tuduhan. Sebaliknya, ia hanya merupakan pertanyaan awam yang memerlukan jawapan dari pihak terkait.


End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep & Teknik Persembahan
dibantu oleh Nazura Othman



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG

Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!