Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat
Susulan tersiarnya artikel dari blog ini bertarikh 29 November, 2021 yang diadaptasi dari sebuah artikel terbitan Malaysiakini pada 27 November, 2021, seorang penganalisis politik terkemuka telah menghubungi Permadu Malaysia . Penganalisis yang dipercayai mempunyai pengetahuan mendalam mengenai isu berkaitan skandal 1MDB itu mencadangkan siasatan terperinci dan bebas terhadap Tan Sri Nor Mohamed Yakcop perlu dilakukan. Nor Mohamed Yakcop, 74, pernah memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab di Unit Pelan Ekonomi Negara. Beliau juga sebelum itu menjawat Menteri Kewangan II dari tahun 2004 hingga 9 April, 2009, di samping menjadi Ahli Exco Majlis Penasihat Ekonomi Negara. Menurut penganalisis yang enggan identitinya didedahkan itu, Nor Mohamed diberi kepercayaan dan tanggungjawab menderaf kertas Kabinet bagi tujuan penubuhan syarikat SRC. Lebih dari itu, beliau juga memain peranan menyediakan kertas kerja permohonan pinjaman SRC dari Kumpulan Wang Amanah Penc...