Kompilasi berita Covid-19 di Malaysia hari ini, Sabtu 31 Julai 2021

Covid-19 di Malaysia, Sabtu 31 Julai 2021

Mula agresif merebak di luar Lembah Klang

Jangkitan Covid-19 hari ini mencecah rekod tertinggi baru 17,786 kes dengan tanda-tanda virus itu mula merebak secara agresif di luar Lembah Klang.

Kompilasi berita bersama Nazura Othman,
wartawan kanan Permadu Malaysia

Ini menjadikan kes kumulatif sebanyak 1,113,272 kes, maklum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Negara juga mencatat sebanyak 11,718 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 914,639.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 189,609.

Empat negeri dan wilayah persekutuan mencatat jangkitan baru melebihi empat angka - satu trend yang pada masa lalu kebanyakannya cuma terlihat di Lembah Klang.

Selain Selangor dan Kuala Lumpur, negeri-negeri yang menyaksikan lebih daripada 1,000 kes termasuk Kedah (1,389 kes), Johor (1,144 kes) dan Sabah (1,035 kes).

Menghampiri ambang kes empat angka ialah Negeri Sembilan (929 kes) dan Terengganu (883 kes).

Sementara itu sebanyak 165 lagi kematian direkodkan hari ini dengan jumlah angka korban kini bertambah kepada 9,024 orang.

Seramai 1,062 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 534 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pecahan setiap negeri (Terkumpul):

  • Selangor - 6,400 (407,419)
  • WPKL - 1,962 (123,027)
  • Johor - 1,144 (90,683)
  • Sabah - 1,035 (84,721)
  • Sarawak - 485 (76,728)
  • Negeri Sembilan - 929 (71,491)
  • Pulau Pinang - 713 (45,833)
  • Kedah - 1,389 (45,631)
  • Kelantan - 580 (42,994)
  • Perak - 775 (37,679)
  • Melaka - 697 (31,366)
  • Pahang - 653 (24,436)
  • Terengganu - 883 (16,948)
  • WP Labuan - 9 (9,661)
  • WP Putrajaya - 116 (3,951)
  • Perlis - 16 (704)



Sebanyak 28 kluster baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata 13 daripadanya membabitkan tempat kerja, sementara 12 lagi berkait kluster komuniti, sementara masing-masing satu dikesan dalam kumpulan berisiko tinggi, aktiviti keagamaan dan pusat tahanan.

Kluster berkenaan dikesan di Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Perincian 28 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

  • Kluster Industri Jasmine Dua Bukit Beruntung ( Hulu Selangor ) dengan 42 kes
  • Kluster Industri Hulu Tinggi ( Petaling) dengan 52 kes
  • Kluster Industri Jalan Perak ( Kuala Langat, Klang, dan Kuala Selangor ) dengan 57 kes
  • Kluster Tapak Bina Persiaran Aman ( Kuala Langat ) dengan 42 kes
  • Kluster Tapak Bina Setia Marina ( Sepang ) dengan 11 kes
  • Kluster Bawal Tambak ( Klang ) dengan 79 kes
  • Kluster Industri Jalan Bekok-Paloh ( Segamat ) dengan 36 kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan Kangkar Tebrau ( Johor Bahru ) dengan 26 kes
  • Kluster Jalan Rami Lima ( Muar ) dengan 31 kes
  • Kluster Jalan Desa Bahagia ( Lembah Pantai ) dengan 39 kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan Kuang Bertam ( Kepong ) dengan 11 kes
  • Kluster Dah Perdana Industri Kulim ( Kulim dan Baling ) dengan 36 kes
  • Kluster Jalan Besar Tapah ( Batang Padang ) dengan 25 kes
  • Kluster Pertak ( Hulu Selangor ) dengan 24 kes
  • Kluster Kampung Keluat ( Bachok ) dengan 11 kes
  • Kluster Kampung Nangka Bekelam ( Bachok ) dengan 20 kes
  • Kluster Kampung Tok Kaya ( Kota Bharu ) dengan lapan kes
  • Kluster Kampung Guchil Tujuh ( Kuala Krai ) dengan 27 kes
  • Kluster Kampung Tempoyak Kadok ( Kota Bharu dan Pasir Puteh ) dengan sembilan kes
  • Kluster Kampung Tok Sadang 2 ( Kota Bharu ) dengan 11 kes
  • Kluster Jalan Corak ( Tongod ) dengan 12 kes
  • Kluster Kampung Tengah Pangkor ( Manjung ) dengan 21 kes
  • Kluster Jambatan Lemua ( Beluru ) dengan 11 kes
  • Kluster Kampung Git ( Kuching ) dengan 20 kes
  • Kluster Dah Kampung Tengas ( Bandar Baharu ) dengan 18 kes
  • Kluster Gambaron 2 ( Telupid ) dengan 53 kes
  • Kluster Jalan Pulai 22 ( Johor Bahru ) dengan enam kes
  • Kluster KM4 Dengkil Banting ( Sepang ) dengan 61 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 3,679 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,106 daripadanya kluster aktif dan 2,573 lagi sudah tamat.

Trend menurun

Sementara itu, kes-kes Covid-19 harian mungkin akan menunjukkan trend menurun pada pertengahan bulan Ogos apabila kadar vaksinasi di Greater Klang Valley (GKV) meningkat.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Chong Chee Kheong berkata jangkaan itu berdasarkan kepada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membendung pandemik berkenaan, di samping mengambil kira peningkatan program vaksinasi nasional yang merupakan kunci kejayaan negara menentang wabak itu.

End©Permadu

Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

 Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 
Peluang menjana pendapatan secara konsisten. Pelaburan dari serendah RM230 sehingga RM77,850 sahaja. 
Anggaran Dividen/Keuntungan adalah 1.5% sehari, atau 45% sebulan, atau 500% setahun. Wang pelaburan dan dividen/keuntungan boleh dikeluarkan seminggu sekali. Dividen/Keuntungan adalah terjamin kerana pelaburan anda diinsurans. 
PERMADU hanya berperanan sebagai agen. Oleh itu, kami tidak mengutip atau menerima wang pelaburan anda. Semua transaksi adalah secara terus antara pelabur dan pengurus dana yang berpejabat di Seoul, Korea Selatan. 
Untuk maklumat lanjut:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Ad©Permadu   Advertisement • PROVEN GENUINE 
Investment that provides you steady income. Investment from as low as USD50 (RM230) to USD18,000 (RM77,850) only.
Estimated Dividend/Profit is 1.5% daily, 
45% monthly or 500% yearly. 
Weekly Dividend/Profit withdrawal if you wish to do so. Dividend/Profit is guaranteed as your investment is insured, subject to terms and conditions.
PERMADU does not collect or accept your cash investment. All transactions are directly between investors and the investment company headquartered in Seoul, South Korea.
OPEN TO ALL INTERESTED INVESTORS WORLDWIDE
For further information:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri