Jujurlah Khairy, pesan Tan Kok Yew

ALOR SETAR: DAP Kedah menggesa Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin bersikap lebih jujur dalam menjelaskan kepada rakyat punca kelewatan sebenar pembelian vaksin.
Pengerusinya, Tan Kok Yew berkata, menteri berkenaan dinasihatkan agar jangan sekali-kali cuba menutup kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang penuh birokrasi, lembap, lemah, sambil lewa dan ketandusan idea dengan dasar yang berubah-ubah dalam menangani pandemik ini selain meletakkan kesalahan kepada rakyat a
TAN KOK YEW (Gambar Utusan Malaysia)

Di ALOR SETAR, Utusan Malaysia melaporkan DAP Kedah menggesa Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin bersikap lebih jujur dalam menjelaskan kepada rakyat punca kelewatan sebenar pembelian vaksin.

Pengerusinya, Tan Kok Yew berkata, menteri berkenaan dinasihatkan agar jangan sekali-kali cuba menutup kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang penuh birokrasi, lembap, lemah, sambil lewa dan ketandusan idea dengan dasar yang berubah-ubah dalam menangani pandemik ini selain meletakkan kesalahan kepada rakyat atau pihak-pihak lain.

“Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Michalis Rokas menafikan tuduhan Khairy Jamaluddin yang menyalahkan negara Barat kerana membolot bekalan vaksin dan mendedahkan bahawa EU meluluskan segera pengeksportan kira-kira 5 juta dos vaksin Covid-19 bagi membantu Malaysia mempercepatkan PICK.

“Sekali lagi, kerajaan cuba mencari helah dan mengalihkan perhatian rakyat terhadap kegagalan mereka memastikan bekalan vaksin yang mencukupi dan tiba di saat-saat genting ini untuk menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di ibu negeri Kedah itu semalam.

Tambah beliau, kenyataan menteri berkenaan baru-baru ini bahawa beliau sekarang memilih untuk menggunakan istilah ‘imunisasi’ dan bukan lagi istilah ‘imuniti kelompok’ kerana menyedari vaksin bukan penyelesaian yang terjamin untuk pandemik adalah tidak bertanggungjawab.

“Kenyataan ini juga boleh mengelirukan rakyat dan memberi satu gambaran di mana imuniti kelompok seolah-olah bukan cara penyelesaiannya. Terbukti beberapa negara kini telah dibuka semula bagi aktiviti ekonomi serta sosial seperti pelancongan.

“Sekiranya ini bukan penyelesaiannya, maka perbelanjaan dana awam sebanyak RM5 billion tanpa kelulusan Parlimen akan menjadi sia-sia,” katanya.

Jelasnya, DAP Kedah dan Pakatan Harapan (PH) Kedah melancar dan mengaturkan pasukan sukarelawan ke seluruh negeri untuk memberi penerangan, kesedaran dan membantu rakyat mendaftar untuk menerima vaksin.

“Kami tidak setuju dan tidak menyokong kerajaan PN tetapi kami mengutamakan nyawa rakyat dan kesihatan awam, kami cintai negara ini dan berdoa agar semua penduduk di Malaysia dapat keluar daripada belenggu pandemik ini dalam masa yang terdekat.

“Kami percaya buat masa ini, vaksin adalah satu-satunya cara untuk membantu rakyat, mengurangkan ancaman Covid-19 terhadap kesihatan awam. Kami sedia bergerak ke arah imuniti komuniti dalam jangka masa yang pendek,” katanya.

Kempen Dengarlah Lagu-lagu Tempatan disokong Permadu Malaysia
Raja Ema



Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!