RAMAI PEKERJA HOTEL JADI PENGANGGUR

Hilang pekerjaan akibat perniagaan ditutup berikutan penularan wabak pandemik Covid-19

Abdul Halim berkata, MTUC tidak mahu cadangan tersebut menjadi material politik, sambil menambah, perlu berhati-hati dalam memperjuangkan perlindungan yang tidak ada sekarang. - Gambar fail
Abdul Halim Mansor, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

AGENSI berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan lebih 30,000 pekerja dalam industri perhotelan di seluruh negara hilang pekerjaan susulan penularan pandemik Covid-19. 

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdul Halim Mansor memberitahu Bernama, lebih 10,000 lagi diminta bercuti tanpa gaji dan lebih 6,000 dipotong gaji.

Dari 18 Mac hingga 27 Mei lalu, katanya, MTUC melalui Covid-19 Helpdesknya menerima 383 aduan pemotongan gaji, 186 kes pembuangan kerja, 37 aduan dipaksa bercuti, 54 kes cuti tanpa gaji dan 17 kes berkaitan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Beliau berkata, bagi memastikan kelangsungan hidup bekas pekerja hotel itu, kerajaan perlu menghentikan kebergantungan terhadap pekerja asing dan mengutamakan rakyat tempatan bagi mengisi kekosongan kerja.

Katanya, kerajaan harus menggubal pelan induk demi kelangsungan industri perhotelan, termasuk pelan jangka pendek yang merangkumi kempen menggalakkan pelancongan domestik.

“Pemilik hotel juga patut menawarkan diskaun dan faedah lain untuk menarik pelanggan, manakala kerajaan pula patut menawarkan potongan bil elektrik dan air serta potongan cukai pendapatan untuk meringankan beban pemilik hotel.”

Beliau yang juga pengerusi GiatMara menyarankan bekas pekerja hotel menyertai kursus kemahiran di GiatMara atau kolej kemahiran, jika mereka mahu menukar profesion atau menjadi usahawan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung, Rusli Affandi berkata kerajaan patut memberikan lesen berniaga kecil-kecilan untuk membantu mereka yang diberhentikan kerja memulakan kehidupan baru.

“Mereka yang begitu lama di dalam industri perhotelan agak sukar untuk menukar bidang dalam masa terdekat.

“Dengan lesen berniaga, dapatlah mereka melunaskan pinjaman, termasuk yuran anak-anak yang masih belajar dan paling penting untuk mereka mulakan hidup baru.”

Katanya, kira-kira 400 daripada keseluruhan 8,000 ahli berdaftarnya terjejas dengan penutupan 4 hotel, iaitu 3 di Melaka dan satu di Petaling Jaya.

“Ramai yang kena buang kerja, cuma kami tidak tahu jumlah sebenar….kami juga dapati banyak hotel yang terjejas tidak mempunyai kesatuan sekerja.”

Dalam perkembangan berkaitan, Genting Highlands Resort, pusat perjudian, perhotelan dan peranginan terkenal dan sejuk bertaraf antarabangsa dilaporkan sudah mula memberhentikan sebahagian dari para pekerja mereka. Perniagaan milik Genting Malaysia Berhad itu berada di puncak bukit, hampir 6,000 kaki di atas paras laut, terletak di daerah Bentong, Pahang.



dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir   
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia

Facebook Permadu Harmony *Page Permadu Station **Audio Visual PermaduTV















Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar