PRESIDEN SINGAPURA LULUS GUNA RIZAB NEGARA S$21 BILION
Presiden Republik Singapura Halimah Yacob |
PRESIDEN republik Singapura Halimah Yacob hari ini dengan rasminya meluluskan pengeluaran dan penggunaan rizab negara itu sebanyak S$21 bilion (RM63 bilion) dari belanjawan khas S$59.9 bilion (RM120 bilion) berkaitan perbelanjaan negara dan rakyat dalam menghadapi penularan wabak pandemik Covid-19, lapor MediaCorp, agensi berita rasmi di negara bandaraya itu.
Sebelum ini, Presiden Halimah beberapa kali bertemu dan berbincang dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan timbalannya Heng Swee Keat yang juga menteri kewangan.
Pemimpin wanita Melayu Islam itu menyatakan bahawa rakyat Singapura seharusnya bersyukur kerana pemerintah generasi terdahulu sentiasa berjimat cermat dan negara itu mempunyai simpanan mencukupi untuk menghadapi keadaan di luar jangkaan seperti ini.
dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Comments
Post a Comment