AMARAN DARI MENTERI SINGAPURA
Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura Masagos Zulkifli (gambar atas) hari ini mengingatkan penduduk negara itu supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan sebagai satu langkah lebih ketat mencegah penularan wabak pandemik Covid-19, demikian menurut laporan MediaCorp.
Masagos melahirkan rasa kesal kerana masih terdapat sesetengah orang ramai menjamu selera di pusat makanan walaupun Pemerintah hanya membenarkan pelanggan membeli makanan untuk dibawa pulang.
Menurutnya, ada juga di kalangan orang ramai yang tidak menghiraukan jarak yang dibenarkan iaitu satu meter antara seorang dengan yang lain di tempat-tempat awam, serta di kawasan bersenam dan riadah.
Beliau mengingatkan seseorang yang melanggar peraturan ini akan diberi surat amaran untuk kesalahan pertama, didenda (kompaun) S$300 (RM900) bagi kesalahan kedua dan didakwa di mahkamah untuk kesalahan ketiga.
Singapura sudah menutup sekolah dan kebanyakan tempat kerja mulai minggu ini.
dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Comments
Post a Comment