PENGELUARAN ROTI GARDENIA CECAH TAHAP MAKSIMUM

DARI akaun Facebook sebuah syarikat pembuat roti, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menyatakan mereka terus membekalkan roti keluarannya ke pasar raya dan kedai-kedai seperti biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pengeluar roti terkemuka itu juga menggesa pengguna supaya tidak membeli secara berlebihan.


“Kami meminta semua pelanggan agar bertenang dan membeli mengikut keperluan biasa dan berdasarkan penggunaan harian.
Gardenia bersama-sama anda dalam keadaan ini dan yakinlah kami sedang berusaha, beroperasi 24/7 untuk meningkatkan pengeluaran kami bagi memenuhi keperluan pengguna.


“Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan anda semua. Untuk maklumat lanjut sila e-mel kami di customer_service@gardenia.com.my," katanya.


Pengeluar roti itu mendedahkan bahawa ia tidak akan dapat meningkatkan bekalan produknya dalam pasaran.


Gardenia berkata ini adalah kerana kilang-kilangnya sudahpun mencecah nilai ambang maksimum pengeluaran.


Tinjauan pasukan wartawan Permadu Malaysia di beberapa pasar raya dan kedai serbaneka di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuantan, Temerloh dan Johor Bahru mendapati bukan Gardenia sahaja, malah roti jenama-jenama lain turut terlebih laris jualannya sejak pelaksanaan PKP.



dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!