MAHATHIR KEKAL PM ADALAH OPSYEN TERBAIK


KEMELUT politik yang bermula dari 'Langkah Sheraton' sudah masuk hari ketujuh.

Watak-watak Azmin Ali, Muhyiddin Yassin, Dr Mahathir sendiri, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu, Shafie Apdal, Abdul Hadi Awang dan rsmai lagi bercampur-campur lakonan masing-masing.

Sekejap baik sekejap jahat, sekejap begitu dan sekejap begini. Hari semalam sokong orang itu, hari ini sokong orang ini, esok belum tentu dan lusa tidak pasti.

Begitulah keadaan tergesa-gesa atas alasan kesuntukan masa. Kerana Yang di-Pertuan Agong akan buat keputusan pada bila-bila masa.

Begitulah buruknya suasana politik Malaysia sekarang yang menyaksikan hampir semua ahli politik tidak boleh dipercayai. Mereka semua jelas opportunis yang tidak bertanggungjawab.


Sekarang Mahathir, Agong dan yang paling penting rakyat jelata sudah nampak siapa sebenarnya ahli-ahli politik ini semua. Bertukar pendirian hampir setiap dua jam.

Yang sedang bersaing sengit kini Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin. Keadaan perlumbaan bagaikan Formula One, siapa sahaja yang menang walaupun dengan beberapa kelebihan jumlah sokongan sahaja, dijangka dilantik sebagai perdana menteri.

Wow! Perdana Menteri. 

Kalau Muhyiddin menang, ini bermakna kerajaan kleptokrat akan kembali berkuasa.

Kalau Anwar Ibrahim pula yang menang, Cina akan naik tocang, Cina akan kontrol Anwar. Malaysia akan diterajui oleh seorang yang mempunyai kecenderungan homoseksual.

Kalau persepsi dijadikan asas ukuran, jika Anwar seorang homoseksual, apa kurangnya Azmin Ali di dalam kumpulan penyokong Muhyiddin Yassin?

Kalau Cina naik tocang Anwar jadi PM, apa jaminan Cina tak naik tocang kalau Muhyiddin jadi PM?

Gandingan Bersatu, UMNO, PAS sekali pandang memang pejuang kepentingan Melayu dan Islam. Tetapi hakikat yang sebenarnya mereka adalah pejuang kosmetik. Berjuang atas nama Islam dan Melayu untuk satu agenda lain yang berpaksikan pengkronian nasional, kebendaan dan kepentingan peribadi.

Anwar pun sama juga. Tiada beza mereka berdua. Anwar Cina kontrol. Muhyiddin pun Cina kontrol.

Tak payahlah kita berpura-pura dan menjadi hipokrit. Kedua-duanya bergantung kepada sokongan kewangan taukeh-taukeh Cina.

Sekali lagi persepsi. Kalau betul cerita lama dahulu video seks Anwar dengan perempuan Cina, sehingga Rahim Thamby Chik dan rakan-rakan sanggup bersumpah dalam masjid, apa kurangnya Muhyiddin?

Kalau betul tuduhan Raja Petra Kamaruddin dari Manchester, UK, Muhyiddin pun pernah ada teman wanita Cina. Isteri orang pulak. Kalau betullah. Hanya Allah yang mengetahui.

Gambaran di sini menunjukkan Anwar dan Muhyiddin bukan calon sesuai jadi perdana menteri pada masa ini.

Bukan kerana mereka tiada kebolehan dan kelayakan, tetapi siapa sahaja yang menang untuk jadi perdana menteri tidak akan mencerminkan aspirasi dan mandat rakyat yang sebenarnya.

Sebaliknya, pemilihan salah seorang calon ini akan berasaskan kepada perlumbaan yang tergesa-gesa. Bukan asli.

Ianya sangat merbahaya kerana terdedah kepada urusan jual-beli ahli parlimen yang sangat keji dan tidak bertanggungjawab.

SPRM sendiri ada memberi amaran baru-baru ini mereka sedang memantau mana-mana dari 222 orang ahli parlimen yang mungkin sudah menjual diri atau dibeli. Ada yang mendakwa harga pasaran semasa seorang ahli parlimen ialah RM25 juta!


Tetapi biasalah, siasatan memakan masa dan melalui proses yang cermat. Jangan sampai dakwaan dilakukan hanya selepas pembeli sudah pun menjadi perdana menteri.

Jadi diharapkan Yang di-Pertuan Agong tidak perlu tergesa-gesa memilih perdana menteri kepada calon yang mempunyai jumlah SD tertinggi.

Percayalah kepada Permadu Malaysia.

Adakan tempoh bertenang. Biarkan Dr Mahathir Mohamad terus jadi perdana menteri untuk tempoh maksimum sehingga tamat mandat PRU-14. RM800 juta dapat negara jimatkan daripada mengadakan pilihanraya umum ke-15.

Mengekalkan Dr Mahathir sebagai PM bukanlah kerana Mahathir bagus sangat. Tetapi itu sahaja pilihan yang ada untuk kestabilan politik dan ekonomi negara pada masa ini.

Cuma tugas Yang di-Pertuan Agong menjadi lebih berat dan mencabar. Agong perlu memantau tindak-tanduk PM dari masa ke semasa.

Bukan untuk membenarkan Mahathir membentuk unity government mengikut seleranya sendiri, tetapi untuk melantik menteri di kalangan ahli parlimen yang dirasakan dapat menyumbang khidmat dengan baik selain mungkin beberapa orang teknokrat.

Lagi pun, setiap perlantikan menteri perlu dapat perkenan Agong terlebih dahulu sebelum mengangkat sumpah. Agong boleh bertitah tidak kepada Mahathir sekiranya ada calon-calon yang bukan-bukan, termasuk pengkhianat.

Adalah lebih munasabah mengekalkan Dr Mahathir Mohamad sebagai PM dari melantik perdana menteri baru secara tergesa-gesa.

Manfaatkanlah bakat, kepakaran dan pengalaman pemimpin berusia hampir 95 tahun ini selagi beliau mampu melakukannya demi negara dan rakyat.




oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!