GUAN ENG LULUS SEGERA 12 PENGIMBAS
![]() |
| Lim Guan Eng, menteri kewangan |
Kementerian Kewangan akan menyegerakan peruntukan tambahan bagi menyediakan 12 pengimbas suhu seperti diminta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menterinya Lim Guan Eng yang menunjukkan keprihatinan luar biasa, berkata, pengimbas-pengimbas suhu itu diperlukan bagi meningkatkan kemampuan kakitangan Jabatan Imigresen mengenal pasti individu yang mempunyai simptom menghidapi koronavirus di kawasan-kawasan pintu masuk negara.
"Memandangkan permohonan ini berkaitan dengan usaha perlindungan kesihatan awam dan bersifat kritikal, saya meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ahmad Badri Mohd Zahir, untuk memberikan kerjasama penuh supaya peruntukan ini dapat disalurkan secepat mungkin," katanya dalam kenyataan hari ini.
![]() |
| Dr Dzulkefly Ahmad, menteri kesihatan |
Pada 26 Januari lalu, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan pihaknya memohon peruntukan tambahan berkenaan bagi berdepan wabak koronavirus yang sedang melanda.
Kata Dzulkefly, KKM antara lain menimbang untuk menambah jumlah pengimbas suhu di pintu masuk dan keluar utama sebagai salah satu langkah mengesan mereka yang tiba di Malaysia, yang sudah menunjukkan tanda-tanda dijangkiti virus itu.
"Seperti yang kita tahu pengimbas ini sangat penting, walaupun mereka (yang dijangkiti) masih boleh lepas kerana ia asimptomatik (tidak menunjukkan simpton).
"Setakat ini kita ada 51 pengimbas yang berfungsi dengan baik," katanya.
Lim berkata, Kementerian Kewangan akan memberikan sokongan penuh kepada KKM agar kemampuan agensi kesihatan awam untuk melakukan tugas mereka berada pada tahap yang bertepatan dengan piawaian kesihatan antarabangsa.
oleh Fauzi Abdul Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpeliharahubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV


Comments
Post a Comment