ANGELINE TAN BERIMAGINASI WATAK IBU HILANG ANAK


PELAKON dan pelawak ternama Malaysia, Angeline Tan (gambar atas) menganggap drama bersiri, The Ghost Bride mencatatkan pengalaman berharga buatnya selepas lebih dua dekad bergelar anak seni, lapor Berita Harian.
Drama bersiri enam episod bukan saja memberi peluang kepada selebriti berketurunan Cina itu bergandingan dengan pelakon antarabangsa, malah dia turut mendapat bimbingan dua pengarah terkenal tanah air, Ho Yuhang dan Quek Shio Chuan yang menjadi impiannya selama ini.
“Dua pengarah ini mempunyai cara berbeza ketika bekerja. Yuhang lebih cerewet kerana selagi tidak dapat apa yang dikehendaki, dia akan mengarahkan saya melakonkan semula sesuatu babak sehingga berpuas hati.
“Quek pula cara kerjanya lebih santai dan fleksibel sehingga saya risau apakah lakonan saya berjaya memuaskan hati. Ini kerana dia sering memberi maklum balas positif apabila saya bertanya,” kata Angeline.
Tambah pelakon berusia 53 tahun ini, dia mengagumi kesungguhan dan kreativiti yang ditunjukkan pihak produksi ketika berkarya.
"Mereka berbelanja besar bagi menyediakan props dan penggunaan kostum yang disifatkan sangat hebat. Mereka sanggup menyediakan busana cantik untuk disesuaikan dengan jalan cerita yang mengambil latar kurun ke-19.
“Bayangkan, mereka mempunyai sebuah bilik khas besar untuk menyimpan props berkenaan,” katanya.
Memegang watak sebagai Madam Lin, Angeline berkata wataknya hanya sekadar sampingan, namun tetap memberi cabaran tersendiri.
“Babak tak banyak dan saya hanya menghabiskan masa selama 11 hari untuk penggambaran. Namun, cabarannya tetap ada kerana saya menjadi ibu yang mengalami tekanan kerana kehilangan anak.
“Walaupun mendapat bimbingan pengarah, tetapi mereka memberi kebebasan pada saya untuk berimaginasi dalam menentukan hala tuju karakter Madam Lin,” ujarnya.
Baru-baru ini, Angeline menghadiri sidang media yang memperkenalkan drama bersiri itu di ibu negara. Majlis turut diserikan dengan barisan pelakon Huang Pei Jia, Wu Kang Ren, Ludi Lin, Kuang Tian, Jordan Voon dan Susan Leong.
The Ghost Bride adalah drama tempatan berbahasa Cina yang pertama memasuki pasaran dunia menerusi laman strim video Netflix. Ia bakal ditayangkan kepada penonton mulai Khamis ini.


dibawa oleh Fauzi Abdul Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah