ADA UNSUR RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA - Isu Syed Saddiq
PEMUDA PKR PERSOAL INTEGRITI SYED SADDIQ
Atas kriteria apa Cleo International diberi keistimewaan bertemu Menteri Belia dan Sukan, soal Pemuda PKR
PEMUDA PKR (AMK) semalam, Jumaat 25 Oktober 2019, meminta penjelasan dari Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai pertemuannya dengan Cleo International di tengah tanggapan menteri berusia 27 tahun itu mengamalkan pilih kasih, berat sebelah dan salah guna kuasa.
Pergerakan Pemuda PKR itu berkata pendedahan pemilik Cleo Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan syarikat tersebut telah didaftarkan sebagai firma pengangkutan dan logistik menimbulkan tanda tanya sebagai pakar eSports dan mempersoalkan pengetahuan Nur Fathiah dalam landskap eSports itu sendiri.
Kelmarin, Khamis 24 Oktober 2019, Malay Mail mendedahkan Cleo International sebuah perniagaan yang baru berusia seminggu setelah semakan dibuat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
![]() |
| Wakil Persatuan E-Sports Kuala Lumpur tidak berpuas hati kerap dihalang menyampaikan cadangan kepada menteri |
Persatuan eSports Kuala Lumpur mendakwa mereka telah dinafikan hak untuk bertemu menteri oleh seorang pegawai khas kementerian berkenaan untuk menyampaikan persembahan pelan pembangunan eSports, sedangkan Cleo International dan Orange E-sports dibenarkan berjumpa Syed Saddiq.
"Pertemuan Syed Saddiq dengan syarikat yang baru seminggu didaftarkan telah menimbulkan persoalan berkaitan kriteria yang diperlukan untuk bekerjasama dengan kementerian.
"Isu ini menjadi lebih rumit apabila timbul dakwaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah banyak kali enggan berjumpa ESKL untuk membincangkan pelan pembangunan mereka," timbalan setiausaha AMK Juliyus Allen berkata dalam satu kenyataan.
Sayap pemuda itu juga menarik perhatian bahawa Nur Fathiah telah membuat hantaran gambar di Instagram memaklumkan dengan bangganya menjadi ahli PPBM, tetapi memadamkannya pada hari yang sama.
Sambil mempertikai Nur Fathiah yang dianggap tidak berpengalaman, keseluruhan keadaan ini menyebabkan ia kelihatan tidak baik dan bertentangan dengan hasrat murni Pakatan Harapan, menurut AMK.
Nur Fathiah adalah salah seorang dari dua pengarah Cleo International. Seorang lagi, Mohamad Shahid A Samad, 42, berkongsi alamat tempat tinggal dengan Fathiah.
Di media sosial terdapat beberapa andaian tanpa bukti sokongan terhadap Nur Fathiah, antaranya, beliau seorang transgender dan pembantu peribadi kepada Syed Saddiq. Kerana itu beliau berjaya mendapat kontrak lumayan dari kementerian berkenaan.
Syarikat induk Orange E-Sports, Esports Business Network Sdn Bhd menjelaskan mereka dijemput oleh Cleo International untuk menyertai mesyuarat dengan menteri tersebut bagi memperkenalkan inisiatif golongan belia kepada Menteri Belia dan Sukan.
Bagaimanapun, jelas Business Network, peranan mereka hanya membincangkan rancangan dan pelaksanaan program, selain menjadi penyedia perkhidmatan.
Syed Saddiq dalam respons melalui akaun Twitter menyatakan tiada kontrak ditawarkan dan tiada rakan strategik dilantik dari mesyuarat itu. Beliau juga menegaskan tentang pematuhan SOP dan nilai integriti.
Malay Mail mengulas Syed Saddiq tidak menjawab soalan utama isu ini, iaitu atas kriteria apa pemilik Cleo Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin perlu hadir di mesyuarat tersebut.

Comments
Post a Comment