MAT SABU AKUI TERTARIK KEPADA WANITA CANTIK
KISAH SEORANG MENTERI PERTAHANAN
Mohamad Sabu tertanya sendiri mengapa ramai wanita suka mendampinginya
Mohamad Sabu tertanya sendiri mengapa ramai wanita suka mendampinginya
![]() |
Mohamad Sabu, menteri pertahanan |
MENTERI Pertahanan Mohamad Sabu ditanya mengenai sikapnya sebagai "pencinta wanita" serta selalu didekati pelbagai orang.
Menurut presiden Amanah itu, beliau sendiri tidak pasti dan tertanya-tanya mengapa ramai orang, termasuk wanita suka mendekatinya.
"Tak tahu kenapa... pernah saya naik kapalterbang, dari mula mereka (wanita) semua hendak swafoto.
"Sama juga berlaku apabila saya berjalan dengan menteri lain, yang dituju (wanita) ialah pada saya. Saya bukan segak pun!" katanya seperti dilapor akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Ahad 1 September 2019, bersamaan 1 Muharam 1441 Hijrah.
Bagaimana pun, Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, mendakwa sebagai lelaki memang menjadi sifat semulajadi untuk tertarik kepada wanita, termasuk yang cantik.
"Memanglah, kalau saya pencinta lelaki, itu luar biasa.
"Kalau tengok perempuan cantik membuatkan saya tersenyum, itulah lelaki," katanya.
Walaupun sentiasa ceria dan mesra ketika dikelilingi wanita, Mat Sabu berkata beliau akan menunjukkan watak yang lebih serius di rumah ketika bersama anak-anak dan isteri.
"Dengan anak-anak kurang sikit sebab ada sikit disiplin tertentu yang diterapkan," katanya.
oleh Fauzi Kadir ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +60 11 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
admin numpang promo ya.. :)
ReplyDeletecuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +85587781483