Tergamak UMNO umpama anjing tersepit khianati Anwar sampai begini?
UMNO parti lepas sesak dan tidak boleh dipercayai
Perdana Menteri Malaysia melalui kerajaan perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim melayan UMNO umpama menatang minyak yang penuh. Bagi banyak jawatan Menteri, Timbalan Menteri, jawatan dalam GLC dan berbagai lagi.
Umpama melepaskan anjing tersepit, ini balasannya.
JANGAN SAMPAI UMNO DIPANGGIL SCAMMER POLITIK DURJANA
KALAU UMNO MEMERINTAH, RASUAH AKAN TERUS BERLELUASA
HARAPKAN ANWAR DAPAT BANTERAS RASUAH, NAMPAKNYA ANWAR MACAM SUDAH KENA SCAM DENGAN UMNO
UMNO BIKIN PARTI KOMPONEN BN PENING
ANDA MAHU SCAMMER MEMERINTAH MALAYSIA?
UMNO dan PAS sama-sama dua parti yang tidak boleh dipercayai.
Semua ini terjadi kerana kegagalan Pakatan Harapan melaksanakan reformasi yang dijanjikan. Selain itu, banyak keraguan awam timbul seperti isu NFA untuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pendakwaan terpilih, Tan Sri Azam Baki, mafia korporat dan banyak lagi.
Dengan lain kata, pentadbiran Anwar tidak banyak berbeza dengan pemerintahan terdahulu iaitu Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob. Malah ada yang berpendapat ia lebih teruk.
Saya teringat kata-kata OutSyed The Box dalam satu artikel — Penulisnya, Tuan Syed Akbar Ali bertanya: Apa manfaat yang rakyat dapat daripada pilihan raya? Jawapannya, Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Saya tambah: Apa kebaikan yang rakyat dapat daripada politik kelas kambing ini?
MCA: BN Dulu kata lawan PAS. Hari ini buka ruang kerjasama pula?
Kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA yang meluahkan kekecewaan terhadap kemungkinan kerjasama BN dengan PAS di PRN Negeri Sembilan menunjukkan bahawa bukan sahaja rakyat keliru, malah pemimpin dalam komponen sendiri turut mempersoalkan hala tuju gabungan mereka.
Semasa PRN Johor, penyokong diminta menolak PAS atas alasan BN tidak akan bekerjasama dengannya. Kini, apabila BN hanya bertanding 25 daripada 36 kerusi dan memberi bayangan kerjasama dengan pihak lain untuk menentang PH, persoalan mula timbul: apakah prinsip yang menjadi pegangan, dan apakah yang telah berubah?
Seoramg penulis yang merupakan penyokong Parti BERSAMA Malaysia, berkata menerusi hantaran di Facebook, melihat politik negara tidak sepatutnya berputar di sekitar percaturan gabungan semata-mata. Rakyat semakin sukar membezakan siapa lawan, siapa kawan, kerana pendirian boleh berubah mengikut musim pilihan raya.
Katanya, Malaysia memerlukan politik yang berteraskan prinsip, bukan sekadar strategi. Rakyat berhak mendapat kepimpinan yang konsisten, telus dan jujur dengan pendirian mereka.
Penulis itu menambah, dia percaya bahawa kepercayaan rakyat dibina melalui integriti, bukan melalui percaturan yang mengelirukan.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment