Ramai Sangat Nak Jadi PM, Penulis Blog Terkenal Cadang Lantik PM Dari Kalangan Pelarian Rohingya


Kalau Hamzah Zainuddin Jadi PM, Takkan Zahid Hamidi Jadi Timbalan Sekali Lagi


PRN Negeri Sembilan: Ahmad Zahid sinis cadangan Hamzah sebagai calon PM, ucap ‘selamat berjaya’


Wow!


One more time


Kata Hadi perpaduan ummah, namun disingkirkan ummah Muhyiddin demi Hamzah


Meskipun kau tersenyum, namun orang pun tahu


PM yang sedia ada pun hendak juga


Memandangkan terlalu ramai pemimpin-pemimpin politik di negara ini mengidamkan jawatan Perdana Menteri Ke-Sebelas, penulis blog terkenal Tuan Syed Akbar Ali (gambar, atas sekali) mencadangkan Malaysia melantik PM dari kalangan pelarian Rohingya.

Walaupun cadangan itu dipercayai berunsur sindiran, ia mungkin boleh dikaji dan dipertimbangkan dengan teliti. Ini kerana golongan ini dikhabarkan mempunyai pelbagai bakat dalam beraneka bidang.

Tambahan pula, kebanjiran mereka di sini berpotensi untuk mereka menguasai negara ini dalam tempoh tertentu.

Syed Akbar menulis di blog beliau baru-baru ini sebagai mengulas sebuah artikel terbitan Permadu Malaysia pada Ahad, 19 Julai 2026.

Dalam perkembangan berkaitan, stesen televisyen dan portal berita Astro Awani melaporkan hari ini bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan ulasan sinis kepada kenyataan Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang mencadangkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Menurut Presiden Barisan Nasional itu, parti Wawasan kini sedang dalam fasa untuk muncul sebagai entiti baharu memasuki arena politik negara.

“Saya rasa itu satu cita-cita yang baik dan saya rasa itu mungkin satu usaha yang sangat disanjung oleh semua parti politik di negara kita.

“Mudah-mudahan kita ucapkan selamat berjaya kepada cita-cita besar Datuk Seri Saifuddin Abdullah itu sebagai Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara yang sedang muncul sebagai parti ‘new kid on the block’,” ujar Zahid berseloroh.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri Program Konvensyen Pekebun RISDA Zon Tengah Tahun 2026, di Seremban,Negeri Sembilan, hari ini, Selasa 28 Julai 2026.

Sebelum ini, Saifuddin dalam satu program audio siar menawarkan Hamzah sebagai wajah baharu kepada rakyat untuk memimpin negara menerusi Konsensus Nasional.

Menurutnya, rakyat tidak mahukan lagi wajah yang lama untuk mengemudi negara agar peluang dapat diberikan kepada mereka yang lebih berkelayakan.

Sebagai rekod, Wawasan yang merupakan parti komponen rasmi Perikatan Nasional (PN) kini menjalinkan persefahaman dengan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

BN bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN memasuki baki 11 kerusi DUN daripada keseluruhan 36 DUN di Negeri Sembilan.

Daripada 11 kerusi ditandingi PN itu, parti Wawasan meletakkan calon di empat kerusi iaitu DUN Klawang, Sikamat, Mambau dan Gemas.

PRN kali ini menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi DUN dengan hari mengundi bagi 889,490 juta pemilih ditetapkan Sabtu ini.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor