Profesor UIAM cadang perkenal akta sesiapa persoal asal usul Melayu satu kesalahan jenayah

Sebuah akhbar dan portal berita Bahasa Melayu berpengaruh hari ini berkata Malaysia memerlukan satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa mana-mana individu atau pihak yang mempersoalkan asal usul orang Melayu sebagai satu kesalahan jenayah.

Akhbar dan portal berkenaan, Sinar Harian, memetik pandangan yang disuarakan Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual dari Institusi Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican (gambar, atas).

Ahmad Murad dilapor berkata, negara kini diancam dengan 'Melayu phobia' dan menggesa supaya mana-mana individu atau pihak yang secara khusus mempersoalkan asal usul pribumi Melayu di negara ini diharamkan.

Menurutnya, Akta Hasutan tidak mencukupi untuk menangani isu berkenaan.

"Negara diancam dengan Melayu phobia. Negara memerlukan satu akta khusus yang memperuntukkan sesiapa yang mempersoalkan asal usul orang Melayu sebagai satu kesalahan jenayah.

"Haramkan sesiapa sahaja atau mana-mana pihak yang secara khusus mempersoalkan asal usul pribumi Melayu di negara ini. Akta Hasutan tidak cukup. Enough is enough," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Murad turut menggesa media dan portal berita supaya tidak ghairah melaporkan atau mengulas cerita palsu mengenai asal usul dan keberadaan orang Melayu di Malaysia.

Beliau berkata, tindakan sedemikian wajar dipersoalkan sama ada tidak tertakluk kepada kesalahan berkaitan berita palsu atau paparan yang tidak betul.

"Media dan portal berita jangan ghairah melaporkan dan mengulas cerita palsu mengenai asal usul dan keberadaan Melayu di Malaysia.

"Apakah itu tidak tertakluk kepada retorik kesalahan berita palsu (fake news) atau paparan yang tidak betul (misrepresentation)?

"Mempersoalkan asal usul Melayu di Malaysia perlu dikawal oleh undang-undang khusus," katanya.

Beliau berkata, tiada negara di dunia yang mana warga negara lain menampilkan prasangka lalu menghina pribumi negara itu, kecuali di beberapa buah negara Barat dan Asia.

Menurutnya, di Malaysia, keadaan itu telah menjadi satu bentuk 'Melayu phobia' apabila pribumi Melayu dinafikan hakikat asal usul mereka.

"Penghinaan dan ungkapan kebencian seperti itu tidak boleh diteruskan atas nama kebebasan ekspresi, kebebasan akhbar atau kebebasan akademik.

"Orang Melayu di Malaysia adalah pribumi geografi dan sejarah Kepulauan Melayu sejak azali.

"Apa hak orang lain mempersoalkan hakikat itu? Hentikan dakwaan palsu itu. Enough is enough brother," tambah beliau.

Bagaimanapun, profesor itu tidak merujuk kepada mana-mana pihak secara jelas yang menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor