Pindaan undang-undang membolehkan pesalah trafik dihukum membayar gantirugi kepada mangsa kemalangan

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan hari ini bahawa Jemaah Menteri pada Rabu lepas bersetuju secara dasar dengan cadangan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi membolehkan mahkamah memerintahkan pesalah kemalangan jalan raya membayar pampasan kepada mangsa atau waris mangsa sebagai hukuman tambahan, selain hukuman sedia ada.

Menteri Pengangkutan Encik Anthony Loke Siew Fook berkata cadangan itu turut merangkumi usaha memperkukuh Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.

"Cadangan ini bertujuan memastikan pesalah bukan sahaja dikenakan hukuman seperti penjara, denda dan hilang kelayakan memandu malah dipertanggungjawabkan terhadap kesan perbuatan kepada mangsa serta keluarga.

"MOT (Kementerian Pengangkutan) berharap agar pampasan tidak ditetapkan secara automatik atau secara pentadbiran oleh kerajaan, sebaliknya ditentukan oleh mahkamah berdasarkan fakta dan merit setiap kes, termasuk tahap keseriusan kesalahan, kecederaan atau kehilangan nyawa, kerugian yang ditanggung mangsa atau waris serta kemampuan pesalah untuk membayar," katanya.

Loke berkata demikian pada sidang media berhubung Pindaan Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bagi Mewujudkan Peruntukan Pampasan Kepada Mangsa Kemalangan dan Pengukuhan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata mekanisme baharu itu akan meliputi pelbagai kesalahan jalan raya termasuk pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta pemanduan melulu.

Beliau berkata mekanisme itu juga tidak akan menjejaskan hak mangsa atau waris untuk membuat tuntutan insurans atau mengambil tindakan sivil menerusi saluran perundangan sedia ada.

Mengulas lanjut, Loke berkata kementerian akan memulakan proses menggubal pindaan kepada Akta 333 susulan persetujuan dasar oleh Jemaah Menteri, dengan perincian mekanisme itu akan diteliti secara menyeluruh sebelum dibawa semula ke Kabinet dan seterusnya dibentangkan di Parlimen.

"MOT juga akan mengadakan sesi libat urus bersama kementerian, agensi serta pihak berkepentingan termasuk industri insurans bagi memperhalusi pelbagai aspek pelaksanaan sebelum rang undang-undang digubal," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan meneliti antaranya skop kes yang akan diliputi, takrif kecederaan serius serta mekanisme yang sesuai sekiranya pesalah tidak berkemampuan membayar pampasan.

Loke berkata hukuman tambahan berbentuk pampasan itu tidak akan menggantikan hukuman sedia ada kerana pesalah tetap tertakluk kepada hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

“Pampasan ini adalah tambahan kepada hukuman sedia ada. Hukuman penjara kekal, denda kekal, tetapi pesalah juga perlu bertanggungjawab terhadap waris mangsa,” katanya sambil menambah pindaan itu hanya akan terpakai kepada kes yang berlaku selepas ia diluluskan Parlimen kerana undang-undang tidak boleh berkuat kuasa secara retrospektif.

Beliau berkata kementerian menyasarkan rang undang-undang (RUU) itu dapat dibentangkan pada persidangan Parlimen penghujung tahun ini jika proses penggubalan dan libat urus dapat diselesaikan, sebelum dicadangkan untuk diteliti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi mendapatkan pandangan semua pihak berkepentingan.

"Saya juga akan mencadangkan supaya akan ada satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk membincangkan RUU ini secara terperinci supaya apa yang kita nak laksanakan ini mendapat sokongan semua pihak merentasi parti," katanya.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel