Perangai Mohamad Hasan bukti UMNO tidak boleh dipercayai, gila jawatan
Kenapa nak tunggu arahan PM baru nak letak jawatan?
Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa beliau bersedia meletakkan jawatan sekiranya diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan persoalan mengenai pendirian politik dan prinsip dalam Kerajaan Perpaduan.
Seperti dilapor , Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan mengapa Mohamad perlu menunggu arahan Anwar sekiranya kerjasama antara PH dan BN tidak lagi dihormati.
"Persoalannya bukan sama ada Perdana Menteri akan mengarahkan atau tidak. Persoalannya ialah, mengapa perlu menunggu arahan jika prinsip sendiri mengatakan kerjasama itu sudah tidak lagi dihormati?
"Dalam budaya kita, kalau sudah memilih rumah sebelah, jangan lagi mahu memegang kunci rumah yang ditinggalkan.
Politik siang lain malam lain
"Begitu juga dalam politik. Tidak wajar pada siang hari menikmati tanggungjawab dan kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi pada malam hari bekerjasama dengan pihak yang berkempen untuk melemahkan kerajaan yang sama," kata Mahfuz dalam kenyataan.
Pada 19 Julai lalu, Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menegaskan dia tidak keberatan untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya ada arahan daripada Perdana Menteri untuk berbuat demikian.
Menteri Luar itu bagaimanapun berkata tiada dalam kalangan pemimpin BN yang memburukkan Kerajaan Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan setakat ini.
"Terpulang kepada Perdana Menteri (kalau nak arah lepaskan jawatan dalam kabinet) kerana beliau yang melantik menteri dan timbalan menteri," katanya.
Dia berkata demikian mengulas kenyataan Anwar yang memberi amaran kepada mana-mana menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada PRN.
Menurut Anwar, mana-mana pihak berkaitan yang melakukan perkara berkenaan akan diminta berundur daripada jawatan yang disandang.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata kerajaan Perpaduan dibentuk atas asas persefahaman, kepercayaan dan tanggungjawab bersama.
Namun katanya, dalam PRN Negeri Sembilan, BN memilih bekerjasama dengan pihak yang menjadi lawan kepada Kerajaan Perpaduan.
"Jangan jadikan perdana menteri sebagai 'penyapu' untuk membersihkan kekotoran politik UMNO/BN yang dibuat sendiri.
"Ini bukan soal marah atau dendam. Ini soal integriti politik.
"Kalau benar yakin tindakan mereka betul, maka buktikan dengan keberanian membuat keputusan sendiri. Jangan meletakkan seluruh beban moral di bahu perdana menteri," kata Mahfuz.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment