Kecuaian Guru, Gurubesar, Ketua Pengarah Pendidikan dan Kerajaan Membawa Padah

Gambar hiasan yang diambil dari akhbar Sinar Harian

Insiden raket waktu PJ, bekas pelajar menang saman lebih RM452,000

Seorang bekas pelajar sebuah sekolah menengah di Segamat berjaya memperoleh ganti rugi lebih RM452,000 selepas Mahkamah Tinggi Muar, Johor memutuskan pihak sekolah cuai kerana gagal menyediakan penyeliaan munasabah sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan kekal pada mata dan otak ketika mengikuti kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).

Memetik laporan akhbar Bahasa Inggeris tempatan The Star, akhbar Bahasa Melayu berpengaruh di Malaysia Sinar Harian melaporkan Encik Muhammad Syakir Irfan Syed Ali, 21, memfailkan saman itu terhadap sekolah berkenaan susulan kejadian yang berlaku ketika dia merupakan pelajar Tingkatan Dua di SMK Chaah pada 17 September 2019.

Saman tersebut difailkan melalui bapanya, Tuan Syed Ali Syed Hussein yang bertindak sebagai wakil litigasi kerana mangsa masih bawah umur ketika insiden berlaku.

Dalam kejadian itu, Muhammad Syakir mengalami kecederaan serius termasuk kecederaan tembus pada mata kiri, keretakan pada tengkorak dan pendarahan akut dalam otak sehingga mengakibatkan kecacatan klinikal kekal yang menjejaskan penglihatan serta fungsi neurologinya.

Defendan yang dinamakan dalam saman berkenaan ialah guru aktiviti sekolah, Encik Nur Badruzzanan Mohamad; pengetua sekolah, Puan Maziah Mohammad; Ketua Pengarah Pendidikan serta Kerajaan Malaysia.

Menurut fakta kes, kejadian berlaku ketika kelas PJK antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi apabila guru yang bertugas bersama seorang lagi guru mengawasi pelajar selepas mengasingkan mereka mengikut jantina sebelum menjalankan aktiviti frisbee.

Selepas aktiviti itu selesai, Muhammad Syakir mengambil raket badminton milik sekolah untuk bermain secara santai bersama seorang rakan sekelas.

Bagaimanapun, batang besi raket tersebut tiba-tiba tercabut daripada pemegangnya sebelum terkena mata kiri mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Puan Kalyana Kumar memutuskan kesemua tuntutan memihak kepada plaintif dengan liabiliti ditetapkan 100 peratus ke atas defendan selepas meneliti keterangan dan bukti yang dikemukakan.

Mahkamah mendapati defendan gagal menyediakan penyeliaan yang mencukupi, munasabah dan berkesan sepanjang aktiviti berlangsung, sedangkan pelajar ketika itu berada di bawah jagaan, kawalan dan tanggungjawab operasi guru yang bertugas.

Mahkamah turut menganugerahkan plaintif ganti rugi am sebanyak RM400,000, ganti rugi khas RM12,809 dan kos guaman RM40,000.

Pihak defendan dijangka akan membuat rayuan untuk dibicarakan di peringkat Mahkamah Rayuan.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel