Ada Politikus Umpama Pemain Bolasepak Profesional
TANPA SEGAN SILU
Ahli politik mempunyai berbagai watak, pendirian dan kebolehan berlakon. Pendirian boleh berubah mengikut rentak parti politik mana yang disertai.
Sedang bergabung dengan satu pihak, tiba-tiba boleh berlaku curang bermain tepi dengan pihak lain. Bolehkah kita mempercayai parti-parti politik seperti ini?
Dalam satu hantaran di Facebook semalam, bekas ahli UMNO, PKR, kita, DAP, sekali lagi sebagai ahli UMNO; dan terkini menjadi ahli baharu PAS, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau berada di Negeri Sembilan pada hari sebelumnya, bagi tujuan menyampaikan ucapan kepada sekumpulan penyokong PAS dan UMNO.
Kata Zaid, beliau memberitahu para penonton bahawa mereka perlu memahami apa itu perpaduan.
Menurutnya, kita sentiasa mempunyai orang Melayu di atas di kalangan elit pemerintah: raja-raja, perkhidmatan awam, ahli politik dan sebagainya.
"Apa lagi yang kita mahu?" soal Zahid di dalam ceramahnya.
Menjawab soalannya sendiri, Zaid berkata kita mahukan jenis yang berbeza. Pemimpin yang lebih berkualiti dan mengingati akar umbi mereka. Pemimpin yang tidak gentar mengatakan "ini Tanah Melayu".
"Kami mahukan lebih ramai pemimpin jujur yang sanggup mengolah organisasi dan menyusun semula dasar ekonomi negara supaya rakyat mendapat bahagian yang saksama.
"Kami mahu elit pemerintah terdiri dari mereka yang rela berkorban sebesar mana pun dan kurang tamak. Kita mahu patriot mengendalikan jentera kerajaan supaya orang yang berduit dan warga asing tidak menentukan dasar negara," katanya.
Lebih penting, Zaid menegaskan beluau tidak mahu orang munafik mempunyai pengaruh dan kuasa di Putrajaya.
"Jadi kita perlu bekerja daripada kumpulan yang lebih besar, iaitu parti PAS (PN) dan UMNO (BN) untuk mencari jenis kepimpinan yang betul. Ini adalah jenis kerajaan perpaduan yang kita mahukan," katanya, yang dipercayai pendirian terkini beliau.
"Bukan kerajaan perpaduan yang lemah; menyamar (melakukan, menunjukkan sesuatu yang lain bagi menutup perkara yang lain) dan pandai bercakap tetapi menghalau (Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad) Sanusi (MD Nor) kerana melaungkan Tanah Melayu," katanya di media sosial.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment