Ada Duit Semua Boleh Jadi, kata kartunis majalah Gila-Gila

Encik Liow Soon Hee atau Nicky Liow

Rejabhad, kartunis terkenal dalam tahun 1980an di mana karyanya sering tersiar di dalam majalah komedi berprestij Gila-Gila, pernah berkata, "Ada Duit Semua Boleh Jadi...

Bagaimanapun, berita berikut tidak semestinya mempunyai kaitan dengan pandangan itu.

Akhbar bersaiz kecil dan portal berita Bahasa Melayu Harian Metro melaporkan semalam bahawa ahli perniagaan kontroversi yang  pernah bergelar Datuk Seri, Encik Liow Soon Hee atau Nicky Liow, dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 26 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM36 juta selepas pendakwaan menarik balik kes berkenaan.

Peguamnya, Datuk Rajpal Singh, mengesahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan selepas Nicky Liow menyelesaikan tunggakan cukai sebanyak RM400,000 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Beliau diberikan DNAA. Ia diberikan pada 2022," katanya ketika dihubungi akhbar berkenaan semalam.

DNAA bermaksud seseorang tertuduh dilepaskan tanpa disabitkan kesalahan, namun ia bukan satu pembebasan mutlak. Pendakwaan masih boleh menghidupkan semula pertuduhan pada masa hadapan jika terdapat bukti atau keadaan baharu yang mewajarkannya.

Nicky Liow sebagai pengarah syarikat didakwa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan memiliki wang yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang antara 2016 hingga 2021.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah wang yang diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pada 9 April 2021, Nicky Liow dan adiknya didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang, yang mana dia didakwa secara in absentia (tanpa kehadiran) kerana ketika itu jejaka berkenaan masih menjadi buruan.

Bagaimanapun, beliau menyerah diri kepada polis secara sukarela pada 11 April 2022 sebelum didakwa dengan 26 pertuduhan pengubahan wang haram pada keesokannya.

Pada 7 Julai tahun yang sama, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan 14 tertuduh, termasuk dua adik Liow, daripada pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang.

Keputusan itu dibuat selepas AGC menerima representasi daripada semua perayu yang memohon supaya mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan berkenaan.

Pada 24 Julai 2023, adik Nicky Liow, Encik Liow Wei Kin, turut dibebaskan daripada pertuduhan mengelak cukai dan pengubahan wang haram selepas membayar RM4.147 juta yang merangkumi tunggakan cukai, penalti khas, denda dan kompaun bagi pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Nicky Liow, yang juga pengasas Winner Dynasty Group, dicari polis berhubung sindiket Macau Scam selepas 68 anggota sindiket itu ditahan dalam operasi Op Pelican 3.0 pada Mac 2021.

Pada 26 April tahun sama, Istana Pahang menarik balik Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Nicky Liow itu.

Baru-baru ini, Nicky Liow menjadi perhatian apabila sekeping gambar memaparkannya memakai baju PKR bersama Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tular di media sosial sehingga mencetuskan spekulasi mengenai status kes mahkamahnya.

Pada 26 Julai lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh, menafikan Nicky Liow adalah ahli parti itu dengan memaklumkan tiada rekod menunjukkan dia pernah memohon keahlian.

Nicky Liow kemudian menjelaskan dalam sidang media bahawa baju Angkatan Muda Keadilan yang dipakainya dibeli pada satu acara kebajikan dan tidak melambangkan sebarang kaitan atau keahlian dengan parti berkenaan.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

  1. Bukankah Rasulullah pernah berkata yang lebih kurang bermaksud begini..." Jika engkau berkawan dengan penyamun atau gangter, suatu hari kamu pun akan turut menjadi penyamun dan gangster juga....."

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor