Ramasamy kecewa PAS pecah-belahkan PN

Dalam satu tempelak sinis terhadap PAS, berkonsepkan cakap terbalik,  pengerusi Urimai Prof Dr P Ramasamy “mengucapkan terima kasih” kepada parti Islam itu kerana memecahbelahkan perpaduan gabungan Perikatan Nasional (PN).

PAS cemburu Bersatu parti yang kuat

Menurut laporan portal berita Malaysiakini hari ini, bekas pemimpin DAP yang keluar parti itu juga mengaitkan tindakan PAS dengan perasaan cemburu terhadap kekuatan politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), lebih dikenali seba Bersatu yang semakin meningkat.

Ramasamy, yang merupakan bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, turut berkata jika PN mengukuhkan diri sebagai blok pembangkang yang bersatu, gabungan itu mempunyai peluang cerah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Ramasamy menyatakan bahawa presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak dapat melihat peluang itu, yang akhirnya menjadi tamparan hebat kepada PN.

“Bak kata pepatah, sejarah tercipta bukan dalam keadaan yang kita pilih sendiri, tetapi apabila peluang datang pada saat yang tepat.

“Malangnya, PAS dengan segala retorik politiknya, gagal memahami intipati politik yang penting untuk kemenangan pilihan raya.

“Kesan daripada pemutusan hubungan dengan Bersatu, kini diragui sama ada pembangkang yang dipimpin oleh PAS boleh membuat impak besar dalam politik negara.

“Ada kemungkinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengucapkan tahniah kepada kepimpinan PAS kerana berjaya melakukan sesuatu yang tidak mampu dicapai oleh Pakatan Harapan sendiri,” portal berita itu memetik Ramasamy sebagai berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Urimai ialah sebahagian daripada Ikatan Prihatin Rakyat, sebuah pakatan longgar yang sejajar dengan presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada 9 Jun, PAS menamatkan hubungan politik dengan Bersatu.

Susulan itu, pengerusi PN Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menggugurkan naib presiden Bersatu Datuk Seri Dr Radzi Jidin sebagai pengarah pilihan raya PN dan menggantikannya dengan pengarah pilihan raya PAS Datuk Seri Sanusi Muhammad Nor.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga digugurkan sebagai timbalan setiausaha agung PN.

PAS juga menyelaraskan dirinya dengan Parti Wawasan Negara, yang dipimpin oleh bekas timbalan presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, serta mahu mengangkat ahli parlimen Larut kembali sebagai ketua pembangkang.

Mengkritik pembersihan pemimpin Bersatu daripada kepimpinan PN dan pelantikan semula Hamzah, Ramasamy menuduh PAS gagal mengambil perspektif nasional dalam politik.

Sebaliknya, dia berkata PAS memilih untuk mendasarkan kekuatan politiknya pada segelintir negeri sahaja.

“Ia tersalah congak keperluan politik yang diperlukan untuk pandangan yang lebih luas dan inklusif.

“Sekiranya PAS mempunyai orientasi politik nasional yang sebenar, ia sepatutnya boleh memperbaiki hubungan dengan Bersatu,” katanya.

Bagaimanapun, Ramasamy mengingatkan pengkritik supaya tidak memandang rendah masa depan politik Bersatu.

Tanpa perlu berhadapan dengan PAS, beliau berkata Bersatu kini mempunyai peluang untuk meluaskan pengaruh politiknya.

“Politik bukan bersifat satu dimensi; ia adalah tentang bangkit daripada kemelesetan dengan kekuatan dan semangat baru.

“Dalam hal ini, Bersatu yang bebas daripada beban PAS, berkemungkinan besar akan muncul sebagai sebuah parti politik yang berbeza secara kualitatif daripada sebelumnya,” tambahnya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments