Drama takhta Negeri Sembilan semakin mengelirukan

Tunku Nadzaruddin dimasyhur sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 

Media tempatan melaporkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Melaka, hari ini.

Pemasyhuran berkenaan diisytiharkan dalam majlis ringkas oleh  Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

“Bahawasanya selaras dengan Perkara 11 Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan 1959, kami Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dengan kuasa yang ada pada kami berkenaan memilih dan memasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12, berkuat kuasa serta-merta.

“Bersesuaian dengan pengisytiharan Undang Yang Empat yang dilakukan pada 19 April 2026. Sekian dimaklumkan,” katanya ketika pengisytiharan itu. Pengisytiharan itu kemudiannya disambut dengan penerima Tunku Nadzaruddin.

“Bahawasanya beta Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar menjunjung kasih kepada Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin serta Datuk Syahbandar Sungai Ujong atas pemilihan dan pemasyhuran beta sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12,” katanya.

Majlis itu disusuli dengan bacaan doa dan laungan “Daulat Tuanku” oleh hadirin.

Turut hadir ahli politik veteran Tan Sri Rais Yatim, yang juga pengkaji adat perpatih serta bekas Menteri Besar Negeri Sembilan lebih 40 tahun lalu.

Menghangatkan krisis pertikaian takhta

Pemasyhuran itu hari ini dijangka menghangatkan lagi krisis pertikaian takhta dengan dengan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Negeri Sembilan.

April lalu, empat Undang, termasuk Datuk Mubarak (Sungai Ujong) yang kedudukannya dipertikai, mengumumkan pemecatan Tuanku Muhriz  dan mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar baru berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun bagaimanapun menegaskan pemecatan Tuanku Muhriz tidak sah dan tidak diiktiraf atas alasan Mubarak yang membuat pengisytiharan tiada kuasa sah sebagai Undang.

Drama sebelum pengisytiharan

Terdahulu portal berita Malaysiakini turut melaporkan berlaku kekecohan di pintu utama Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin pagi ini apabila dua Undang dihalang pihak polis daripada memasuki premis tersebut.

Insiden sekitar jam 9 pagi itu berlaku apabila Undang Luak Johol dan Jelebu tiba untuk menghadiri satu sidang khas bersama pemimpin adat negeri yang lain, dikatakan bagi membincangkan dan menamatkan pertikaian diraja Negeri Sembilan yang berlarutan.

Kekecohan tersebut berlangsung kira-kira 10 minit sebelum Tunku Besar Tampin, Syed Razman Syed Idrus, datang ke pintu utama dan bercakap dengan Encik Amiruddien.

Syed Razman memberitahu pegawai kanan itu bahawa dia telah bercakap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail, yang dikatakan mengarahkan polis tidak menghalang undang berkenaan masuk.

Undang Luak akhirnya dibenarkan memasuki premis tersebut, namun mereka terpaksa memendekkan perjumpaan berkenaan kerana ketiadaan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar yang dinamakan sebagai “Yang di-Pertuan Besar baharu”.

Sehubungan itu majlis berkenaan ditukar ke hotel berkenaan yang pada awalnya turut menyaksikan Undang Yang Empat turut dihalang mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments