Tak ada problem cari problem — dah masuk penjara
Terlebih romantis
Media melaporkan seorang lelaki yang memandu bas sambil meriba kekasih dihukum penjara setahun manakala kekasihnya enam bulan.
Arif Fahmi Abd Salam, 36, dan Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah, 21, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memandu secara berbahaya di Mahkamah Majistret Jasin.
Mereka berdua dilaporkan turut didenda RM5,000 setiap seorang, dengan kegagalan membayar denda hukuman penjara akan ditambah dua bulan.
Terdahulu tular aksi Arif Fahmi--yang kemudian dipecat serta-merta--memandu bas sambil meriba Nur Adila ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor, Ahad lalu.
Seperti dilapor Malaysiakini, mereka dituduh melakukan kesalahan itu di susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, pada lewat petang, 12 April.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment