Sikap berdiam diri Kerajaan dan pemimpin atasan PKR beri gambaran awam kritikan Rafizi betul dan benar
Setiap kali dikritik bekas timbalan presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli, pihak Kerajaan dan pimpinan atasan PKR yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menjawab segala kritikan itu dengan hujah profesional, berasaskan fakta dan angka-angka yang tepat dan jelas.
Menyeru Rafizi keluar parti menunjukkan satu tindakan pengecut, tanpa menjawab kandungan kritikan-kritikan berkenaan dengan jujur dan berani.
Ini membawa kesimpulan sikap berdiam diri Kerajaan dan pemimpin atasan PKR memberi gambaran awam seluas-luasnya bahawa kritikan Rafizi adalah betul dan benar.
Ini menguatkan lagi kepercayaan orang ramai hakikat yang menyatakan berani kerana benar dan takut kerana salah. Kebanyakan rakyat akan beranggapan bahawa Kerajaan dan PKR terang-terang berada di pihak yang salah.
Keadaan ini akan memberi ruang kepada kemungkinan besar PKR, tidak kira bergabung dengan parti mana sekalipun, akan kalah teruk dalam pilihan raya umum ke 16 yang mesti diadakan pada atau sebelum 2027. Bukan itu sahaja, presiden dan anak presiden merangkap timbalan presiden PKR dijangka akan turut kalah. Jika tidak hilang deposit kira sudah cukup bernasib baik.
Keadaan ini akan mengakibatkan DAP menerima tempias dan berada di persimpangan serius yang menjurus kepada kembali menjadi pembangkang berkonsepkan lantang-lantang kosmetik.
Jadi macam Puan Nurul Izzah Anwar sekarang. Setiap kali buat kenyataan lantang, orang tak ambil pot sama sekali.
Semalam, Malaysiakini melaporkan Rafizi Ramli sebagai mengulas, menyifatkan jika dia menyambut gesaan supaya keluar parti - tindakan itu akan lebih berbahaya kepada PKR.
Ahli Parlimen Pandan, Kuala Lumpur itu berkata, jika dia keluar parti dia tidak akan berdiam diri bahkan akan bebas dan lebih kuat bersuara.
“Premisnya (gesaan) kalau saya keluar parti, saya pun tak tahu kat mana dia pergi sekolah. Premisnya kalau saya keluar parti saya diam.
“Mana ada, saya (kalau) keluar parti lagilah kuat aku bersuara, lagilah bebas, lagilah berbahaya kepada PKR,” katanya kepada media pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pandan di Kuala Lumpur, semalam.
Rafizi berkata demikian ketika diminta mengulas wujudnya gesaan supaya dia keluar parti kerana atas dakwaan dia kini menjadi liabiliti kepada PKR.
Mengulas lanjut bekas Menteri Ekonomi itu berkata, gesaan pemimpin bawahan PKR supaya dia keluar daripada parti itu memberi gambaran kelemahan dan akan membebankan Anwar Ibrahim sebagai presiden parti.
Muhyiddin lebih berani dari Anwar
Dia mengambil contoh bagaimana Bersatu menangani krisis dalamannya yang menyaksikan Datuk Seri Hamzah Zainudin akhirnya dipecat daripada jawatan timbalan presiden.
“Kalau Tan Sri Muhyiddin apabila dia rasa Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak lagi sehaluan ataupun dikira membawa musibah kepada Bersatu, pecat terus.
“Jadi apabila Datuk Seri Anwar tidak bersuara, pimpinan kanan tak berani nak bersuara baik daripada timbalan presiden ke naib presiden, kemudian disusunnya yang di bawah-bawah ini untuk menekan kononnya kamu keluarlah daripada parti.
“Itu akan menyebabkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar itu nampak lemah dan nampak tidak berani,” tegas Rafizi.
Tambahnya, PKR bermasalah apabila cuba mengelak daripada isu-isu sebenar dan meletakkannya pada situasi serba-salah.
“Jadi masalah PKR ialah apabila cuba mengelak daripada isu-isu sebenar itu, pada asasnya PKR telah meletakkan dirinya dalam kedudukan serba salah. Ia sudah tersepit, apa sahaja yang mereka lakukan akan jadi masalah.
“Kalau mereka pecat saya pun satu masalah, kalau mereka kekalkan saya seperti sekarang pun satu masalah. Kalau saya sendiri membuat keputusan untuk keluar daripada parti pun tetap menjadi masalah bagi mereka, kerana sebenarnya masalah itu bukan saya,” jelasnya.
Rafizi berkata PKR tak boleh lupa kepada asal usul, manakala kelantangannya bukan soal kritikan terbuka atau tertutup.
Jelasnya, isu yang dibangkitkan perlu dijawab kerajaan kerana berkait dengan negara sebaliknya bukan soal parti antaranya seperti isu korporat mafia dan isu-isu integriti agensi-agensi penguatkuasaan.
“Soalan-soalan dan kritikan sama yang saya buat sejak 15, 16 tahun dahulu tak kisah siapa di dalam kerajaan. Dari zaman Najib (Razak), sama ada perdana menteri itu Tun Mahathir (Mohamad) ke, bagi saya kalau ada perkara yang perlu dijawab oleh mereka yang berkuasa tak kisah daripada parti mana pun.
“Itulah intipati PKR. Yang berbahaya jika PKR sekarang, bila sudah jadi kerajaan ia berubah. Jadi dia tak boleh, kalau dahulu isu yang bersabit dengan kepentingan rakyat apabila disuarakan dan memberi laba kepada PKR, PKR kata itu budaya yang baik.
“Tapi bila mereka dan PKR berada di dalam kerajaan, apabila isu itu dibawa dan tak dijawab, tiba-tiba timbul soal kena bawa dalam mesyuarat (saluran parti). Sebab rakyat Malaysia telah melalui proses itu semasa PKR dan saya membawa isu 1MDB ke, isu rasuah ke, itulah juga jawapannya,” katanya lagi.
PKR berpotensi senasib dengan Bersatu
Terdahulu Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang mendakwa kenyataan dan kritikan terbuka dibuat Rafizi berpotensi memberi kesan kepada keharmonian dalaman dan kekuatan parti.
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment