Ramasamy bimbang PAS berlengah

Seorang ahli politik veteran pro-pembangkang yang juga tokoh akademik berwibawa menzahirkan keresahan kerana PAS kelihatan teragak-agak dalam membuat sesuatu keputusan penting.

Sama ada PAS terlalu berhati-hati dalam menamakan ketua pembangkang parlimennya, atau parti itu memang tidak mampu mengenal pasti calon yang tepat untuk menerajui peranan tersebut, ia masih menjadi satu persoalan, kata Prof Dr P Ramasamy dalam satu kenyataan menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mewakili parti lamanya DAP itu menambah, semakin lama PAS mengambil masa untuk menamakan calon ketua pembangkang, semakin banyak masa berharga untuk memperkukuh kekuatan pembangkang akan terbuang.

"Negara bakal menghadapi pilihan raya negeri dan persekutuan – sama ada serentak atau berasingan – dalam tempoh hujung tahun ini atau tahun hadapan," katanya.

Menurut Ramasamy, PN mempunyai peluang yang baik untuk menggantikan gabungan yang diterajui PH, sudah tentu dengan syarat kuasa pembangkang dapat mengetepikan perbezaan mereka dan bersatu.

Beliau mengakui perpecahan dalam kalangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedikit sebanyak telah melemahkan pembangkang.

Ramasamy melihat bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang telah dipecat daripada Bersatu kini kelihatan terumbang-ambing dalam kancah politik.

"Dia masih belum menubuhkan parti politik untuk menghimpunkan para penyokongnya.

"PAS mungkin merupakan parti pembangkang terbesar dari segi kekuatan pilihan raya, namun malangnya daya tarikan parti itu kelihatan terhad kepada negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

"Parti itu masih belum mampu menembusi komuniti bukan Melayu di negara ini," katanya.

Kebimbangan bukan Melayu

Ramasamy yang sebelum ini bertindak keluar DAP Dan menubuhkan parti berdasarkan kaum India Urimai berpandangan jenama politik PAS sebagai parti Islam yang bersifat keras menjadi penghalang kepada bukan Melayu untuk mendekati parti tersebut.

Katanya, PAS menyedari kelemahan utamanya, namun masih belum menunjukkan kesediaan untuk memenangi sokongan bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India.

Namun beliau mengingatkan ini bukan bermakna komuniti ini berpuas hati dengan kerajaan yang diterajui PH.

Analisis Ramasamy menunjukkan terdapat peningkatan ketidakpuasan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil mendapat Anwar telah membuktikan bahawa dia gagal menangani beberapa kebimbangan serius dalam kalangan bukan Melayu di negara ini.

"Serangan terhadap kuil Hindu yang dikatakan “tidak sah”, bantahan terhadap penternakan babi, dan mutakhir ini kegagalan kerajaan meningkatkan pengambilan bukan Melayu ke dalam sistem matrikulasi telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan komuniti berkenaan.

"Golongan bukan Melayu mungkin tidak mempunyai alternatif politik yang kukuh di negara ini. Relevansi DAP juga tidak boleh diambil mudah kerana terdapat kebimbangan bahawa pengundi bukan Melayu mungkin tidak keluar mengundi dalam pilihan raya akan datang.

"PAS tidak boleh digunakan untuk memberikan legitimasi politik kepada kewujudan DAP.

"Jika PAS terus berlengah dalam pelantikan ketua pembangkang, bolehkah kita menganggap bahawa parti itu benar-benar serius untuk mengambil alih kuasa di peringkat nasional?" soal Ramasamy.

"Akhirnya, adakah sikap berlengah-lengah PAS dalam melantik ketua pembangkang merupakan petanda jelas bahawa peranannya lebih bersifat wilayah dan bukannya parti nasional?"

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri