PM kata Tuanku Mukhriz bertitah Aminuddin terus jalankan tugas sebagai MB Negeri Sembilan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun, akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan berdasarkan titah Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut laporan media, Malaysiakini memetik perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Kata Anwar, Aminuddin diminta meneruskan tugas Menteri Besar atas titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan demi kepentingan negeri dan kebajikan rakyat.

Menurut Anwar lagi, titah Tuanku Muhriz itu disampaikan ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan semalam.

“Semalam saya menghadap Tuanku Muhriz dan menjunjung kasih atas pertimbangan baginda, untuk pertamanya, atas titah baginda supaya Aminuddin meneruskan tugas sebagai Menteri Besar demi kepentingan negeri dan kebajikan rakyat.

“Keputusan setakat ini, dengan titah Tuanku yang saya dengar semalam, kerajaan negeri harus berjalan seperti biasa sehingga ada keperluan untuk membawa apa-apa perubahan," katanya seperti dilapor Bernama.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, setakat ini dia meminta Aminuddin dari parti PKR berkhidmat seperti biasa dan proses undang-undang tidak menghalangnya.

Katanya institusi raja atau Undang juga tidak disentuh sebaliknya dimuliakan.

Anwar ditemui media selepas menghadiri sesi Temu Anwar dan pelancaran projek pembinaan bangunan baru Universiti UCSI Kuala Lumpur hari ini.


End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.comp

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri