Pemegang akaun Facebook berandaian Tengku Zafrul terlibat dalam skandal mafia korporat
Tengku Zafrul: 'The Untouchable' di Sebalik Skandal 'Corporate Mafia'?
Dunia korporat dan politik Malaysia sejak kebelakangan ini dihantui oleh istilah 'Corporate Mafia' sebuah gerakan tersusun yang didakwa memanipulasi pasaran dan mengambil alih syarikat secara paksa. Di tengah-tengah spekulasi ini, satu nama sering muncul iaitu Tengku Zafrul Aziz.
Persoalannya, bagaimanakah seorang tokoh perbankan boleh mengekalkan kuasa merentasi tiga pentadbiran Perdana Menteri yang berbeza, dan apakah peranannya dalam gerakan gelap ini?
Kehebatan Tengku Zafrul bukan terletak pada ideologi politik, tetapi pada daya tahannya untuk kekal berkuasa. Walaupun kerajaan bertukar tangan berkali-kali—daripada era Perikatan Nasional hingga ke Kerajaan Perpaduan—beliau tetap memegang potfolio menteri yang strategik.
Dilantik sebagai Senator sebanyak dua kali demi membolehkannya memegang jawatan menteri.
Dari CEO bank terkemuka terus ke kerusi Menteri Kewangan, dan kini menerajui MITI.
Kehadiran beliau yang "sentiasa ada" menimbulkan tanda tanya: Adakah beliau terlalu hebat untuk diganti, atau adakah beliau memegang "kunci" yang membuatkan mana-mana Perdana Menteri terpaksa mengekalkannya?
Penglibatan beliau dalam Corporate Mafia dikatakan bermula ketika negara sedang bergelut dengan krisis Covid-19.
Ketika pandemik, banyak syarikat tempatan mengalami kejatuhan harga saham yang teruk. Inilah waktu yang dikatakan "kumpulan" ini mula bertindak.
Sebagai bekas jurubank (banker), Zafrul mempunyai akses kepada data dalaman dan rangkaian kewangan. Kepakaran ini didakwa digunakan untuk mengenalpasti syarikat yang 'desperate' dan tidak berupaya melawan sebelum proses pengambilalihan paksa (hostile takeover) dilakukan.
Salah satu titik hitam yang sering dibangkitkan adalah keberanian beliau memberikan lesen atau kebenaran operasi kepada syarikat judi untuk menjalankan perniagaan secara atas talian (online) semasa tempoh PKP. Langkah ini dilihat bukan sekadar usaha menambah pendapatan negara, tetapi lebih kepada memihak kepada kartel-kartel besar yang mempunyai kepentingan dalam industri perjudian.
Mengapa Tengku Zafrul seolah-olah "untouchable" atau tidak boleh disentuh? Selain hubungan korporat yang luas, beliau juga mempunyai hubungan akrab dengan golongan istana.
Hubungan strategik ini memberikan beliau perlindungan politik yang luar biasa, membolehkan beliau bergerak bebas dalam dunia korporat tanpa bimbang akan tindakan undang-undang atau tekanan politik biasa.
Rakyat tidak lagi boleh disogok dengan imej korporat yang kemas dan bicara teknokrat yang lunak. Tengku Zafrul adalah anasir di sebalik gerakan Corporate Mafia ini.
Sudah tiba masanya beliau dipertanggungjawabkan atas setiap polisi yang memihak kepada kroni dan gerakan manipulasi syarikat yang merosakkan ekosistem perniagaan Malaysia. Seseorang tidak boleh selama-lamanya bersembunyi di sebalik nama-nama besar jika tangan sendiri yang mencatur kerosakan.
Sampai bila Malaysia harus tunduk kepada percaturan 'Corporate Mafia' ini?
Dipetik dan diadaptasi daripada hantaran Suara Rakyat melalui Facebook pada Jumaat, 3 April 2026.
Kandungan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan pendirian rasmi Permadu Malaysia.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment