Menantu Pak Lah fokus untuk menyertai UMNO


Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan bekas menteri dan bekas Ketua Pemuda UMNO Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ini memberi fokus utama terhadap proses permohonannya untuk kembali menyertai parti berkenaan.

Justeru, menantu Perdana Menteri Malaysia Ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi, menyifatkan sebarang perbincangan mengenai kerusi yang bakal ditandingi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagai terlalu awal.

“Saya rasa terlalu awal untuk kita bincang soal nak bertanding di mana (kerana) saya baru dalam proses untuk kembali, jadi perkara itu belum sesuai dibincangkan,” katanya seperti dipetik Bernama, selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Kepala Batas malam tadi.

Selepas tiga tahun dipecat daripada UMNO, Khairy menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO pada 15 Mac lepas.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini berkata permohonan beberapa bekas pemimpin UMNO termasuk Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy untuk menyertai semula parti itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 17 April ini berteraskan semangat “Rumah Bangsa”.

Khairy berkata penentuan calon dan agihan kerusi oleh Barisan Nasional (BN) adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO, justeru beliau tidak mahu mendahului sebarang keputusan parti.

Dalam pada itu, beliau berkata hasrat bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas agar kerusi Parlimen berkenaan terus dipimpin oleh individu yang diyakininya, iaitu Reezal Merican yang kini Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) perlu dihormati.

“Ketika hayatnya, Pak Lah ada berpesan kepada kami berdua, saya sebagai “Ketika hayatnya, Pak Lah ada berpesan kepada kami berdua, saya sebagai menantu dan Reezal Merican sebagai anak politik beliau, supaya Kepala Batas ini biarlah Reezal yang jaga.

“Jadi, takkanlah saya tidak menghormati keputusan dan hajat orang tua saya. Saya berharap semoga Reezal Merican berjaya dalam PRU dan dapat merampas semula Parlimen Kepala Batas,” katanya.

Pada PRU ke-15, Reezal Merican gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas apabila kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dr Siti Mastura Muhammad dengan majoriti 2,867 undi.

Di bawah era pentadbiran bapa mertuanya, Khairy pernah dilihat seperti lebih sudu dari kuah, seolah-olah dia sendiri adalah Perdana Menteri. Beliau turut mendapat jolokan Budak Tingkat 4 dan digambarkan oleh sesetengah pemerhati politik sebagai cuba menonjolkan diri sendiri atas kedudukan sebagai menantu Perdana Menteri.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri