Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur dibuka semula
Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki Israel dibuka semula kepada umat Islam pada hari ini, Khamis 9 April 2026, selepas penutupan selama 40 hari yang dikenakan oleh Israel berikutan tindakan ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran.
Memetil laporan Anadolu Ajansi (AA), Bernama berkata masjid yang terletak di Kota Lama Baitulmuqaddis itu dibuka semula ketika waktu subuh, sekali gus membolehkan ratusan umat Islam Palestin memasuki kompleks Al-Haram al-Sharif.
Ketika pintu pagar dibuka seiring laungan azan subuh, sejumlah besar jemaah bergegas memasuki kawasan berkenaan, dengan ramai dilihat mengalirkan air mata serta melakukan sujud syukur di halaman masjid.
Ratusan umat Islam berbaris untuk menunaikan solat subuh, menandakan solat berjemaah pertama di lokasi itu sejak ia ditutup.
Menteri Keselamatan Israel Encik Itamar Ben-Gvir menceroboh kompleks berkenaan pada 6 April ketika ia masih ditutup.
Israel menutup sepenuhnya akses ke Masjid Al-Aqsa pada 28 Februari lepas, bertepatan dengan serangannya ke atas Iran, dengan hanya membenarkan kakitangan masjid serta pegawai Wakaf Islam Baitulmuqaddis menunaikan solat di lokasi itu, manakala rakyat Palestin lain terpaksa menunaikan solat di masjid-masjid kecil di seluruh bandar berkenaan.
Pihak berkuasa Israel turut menghalang solat sunat Aidilfitri daripada diadakan di Masjid Al-Aqsa tahun ini, menandakan sekatan pertama seumpamanya sejak Israel menduduki Baitulmuqaddis Timur pada 1967.
![]() |
| Gereja Holy Sepulchre |
Pihak berkuasa Israel juga menutup Gereja Holy Sepulchre, satu daripada tapak paling suci bagi penganut Kristian di Baitulmuqaddis, sepanjang tempoh yang sama.
Kerajaan Israel turut melanjutkan perintah darurat hingga pertengahan April, namun tidak menjelaskan sama ada masjid itu akan terus ditutup sepanjang tempoh berkenaan.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment