Mana Sikana

Media tempatan melaporkan Allahyarham Mana Sikana hari ini diangkat sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-16 sekali gus menjadi sasterawan negara terbaru.

Pemilihan tokoh sastera terkenal itu dibuat Menteri Pendidikan Puan Fadhlina Sidek di Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di media sosial Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anugerah Sastera Negara merupakan pengiktirafan tertinggi yang dianugerahkan kerajaan kepada tokoh yang berkarya dalam bahasa Melayu serta menunjukkan sumbangan cemerlang dan berterusan terhadap perkembangan kesusasteraan tanah air.

Menurut Fadhlina, Mana Sikana - atau nama sebenarnya Abdul Rahman Napiah - memiliki keupayaan menggabungkan kekuatan kreatif dengan keilmuan teori.

Keadaan itu, katanya, menjadikan Mana Sikana seorang tokoh sarjana kreatif yang amat berpengaruh dalam dunia kesusasteraan tanah air.

Fadhlina menambah, proses penilaian dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berwibawa oleh panel penilai yang dilantik oleh Perdana Menteri.

“Dalam hal ini, adalah penting untuk ditegaskan bahawa asas penilaian Anugerah Sastera Negara adalah terhadap sumbangan karya dan pemikiran tokoh sepanjang hayatnya.

"Walaupun jasad tokoh telah tiada, karya dan pemikiran yang ditinggalkan akan terus hidup dan memberi manfaat kepada masyarakat serta generasi yang akan datang sebagai khazanah ilmu dan budaya bangsa,” katanya semasa pengumuman tersebut.

Sepanjang hayatnya, Mana Sikana telah menyumbang dalam pelbagai genre seperti cerpen, novel dan drama yang sarat dengan pemikiran kritis, nilai kemanusiaan serta kepekaan terhadap realiti sosial.

Karya-karyanya juga menonjolkan pendekatan yang berani dan inovatif, sekali gus memperkayakan bentuk serta estetika penceritaan dalam kesusasteraan Melayu moden.

Keputusan panel pemilihan penerima Anugerah Sastera Negara ke-16 dilaporkan telah dimuktamadkan pada 14 April 2025 lalu. Mana Sikana bagaimanapun meninggal dunia pada 26 Mei tahun yang sama iaitu sebelum pengumuman mengenainya dibuat.

Sehubungan itu, kabinet pada 30 Januari lalu meluluskan pindaan terhadap tatacara Anugerah Sastera Negara yang membolehkan calon yang meninggal dunia dalam tempoh penilaian atau pemilihan tetap layak untuk dinilai dan dipertimbangkan sebagai penerima anugerah itu.

Penting dalam bidang esei, kritikan sastera

Mana Sikana berasal dari Bagan Serai, Perak dan dilahirkan pada 9 Oktober 1945. Pada 1973, dia lulus penuh Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekitar 1974 hingga 1978 dengan pembiayaan biasiswa universiti berkenaan.

Sepanjang tempoh tersebut, Allahyarham memperoleh Ijazah Sarjana Muda Persuratan dengan kepujian kelas pertama. Kemudian dia menyambung pengajian di peringkat sarjana (1980 hingga 1981) sebelum dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada 1991.

Anak Perak berketurunan Banjar itu turut diiktiraf sebagai antara pengkritik dan pengkaji sastera paling prolifik dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden.

Perjalanan Mana Sikana sebagai penulis bermula apabila cerpennya, Kawan Yang Berbudi dan Berduri disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 1964. Karya itu dipilih sebagai cerpen pilihan dan memenangi hadiah RM100.

Antara karya Mana Sikana yang diterbitkan ialah kumpulan cerpen Cinta Junjungan, novel Ronjang (pada 1984), Klimak (1989), dan Syajar (1996).

Dalam bidang drama pula, Allahyarham aktif menghasilkan skrip untuk pentas, radio dan televisyen. Antara drama pentas yang dihasilkan ialah Tanah Di Hujung Bendang yang beraliran realisme, Di Hujung Taming Sari (berkonsepkan meta sejarah iaitu pendekatan yang dipeloporinya) serta Pengadilan (drama komedi yang berteraskan idea absurdisme).

Mana Sikana dikenali sebagai antara pelopor yang memperkenalkan pendekatan avant garde dan absurd dalam teater Melayu moden menerusi puluhan karya drama pentas, radio dan televisyen yang dihasilkan.

Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam bidang esei serta kritikan sastera.

Sebagai penerima Anugerah Sastera Negara kerajaan akan menyalurkan penghargaan dan penghormatan negara kepada waris Allahyarham. Ia berbentuk Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000 serta penerbitan karya sehingga 50,000 naskhah atau bernilai maksimum RM500,000 untuk diedarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Majlis pengurniaan anugerah berkenaan dijadual disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Mana Sikana menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 80 tahun akibat komplikasi jantung di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.


Sumber berita dari Malaysiakini.


End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.comp

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri