Kehebatan seorang ahli perniagaan Melayu dari kaca mata seorang penulis politik yang sedang meningkat naik
KRONOLOGI IKON MUDA MALAYSIA
Sep 2019 Dicari polis untuk kes merusuh, cederakan lelaki
Sebelum 23 Nov 2022: Menjawat sebagai Setiausaha politik Anwar Ibrahim
24 Nov 2022 Anwar dilantik PM
27 Dis 2022 Ikon Muda dilantik Pengerusi syarikat tersenarai Apex Equity Bhd
3 Jan 2023 Dilantik Pengerusi syarikat tersenarai 7-Eleven Malaysia Bhd
9 Mei 2023 Dilantik Pengerusi syarikat tersenarai Excel Force MSC
26 Ogos 2023 Dianugerah gelaran Datuk Wira
7 Okt 2023 Dianugerah gelaran Datuk Wira
Nov 2023 Didakwa terlibat pancing MP pembangkang
Mac 2024 Ambil 15.9% kepentingan dalam syarikat tersenarai HeiTech Padu. Walaupun dia umum telah lupuskan kepentingan tersebut tetapi syariikat itu memenangi projek kerajaan bernilai lebih RM1 bilion
Mac 2024 Mengaku dia juga ada kepentingan 4.97% stake dalam syarikat tersenarai Theta Edge Bhd.
Sep 2024 Bloomberg dakwa campur tangan PMX untuk halang siasatan SPRM terhadap pemilikan saham Ikon Muda
Sep 2024 Laporan polis Yusoff Rawther kaitkan Ikon Muda dengan PMX sebagai dalang utama untuk perangkap dia dalam kes dadah dan pistol dalam kereta.
29 Sep 2024 Dianugerah gelaran Dato'
28 Jan 2025 Dilantik pengerusi syarikat tersenarai Key Alliance Bhd dengan pegangan saham signifikan
Mac 2025 Dilantik pengerusi + pemegang saham terbesar dalam syarikat tersenarai MMAG Bhd
Julai 2025 Didakwa terima lesen carigali mineral Sabah dengan keluasan 70,000 hektar (iaitu 3 kali ganda saiz KL) melalui syarikat Bumi Suria
25 Julai 2025 Dianugerah gelaran Dato' Seri
Okt 2025 Saman Rafizi RM10 juta sebab Rafizi kata dia banyak dengar cerita berkenaan campur tangan Ikon Muda dalam projek-projek kerajaan ketiika dia menteri.
Mac 2026 Media Singapura CNA melapor bahawa dia terlibat dalam peebutan kuasa dalam syarikat tersenarai NexG Bhd terpalit dengan skandal Mafia Korporat yang kemudiannya menang projek-projek kerajaan bernilai RM2.5 bilion.
Apr 2026 Terpalit dalam kontroversi video Sofia Rini yang terbongkar dengan tuduhan bahawa Anwar yang arah dia songlap duit, dia sudah jadi warga negara Turki dan sudah mula pindah duit songlap ke Afrika. Namun belum ada penafian dari Ikon muda sejak video Sofia ini terbongkar 3 hari lalu.
Apa pun, dia memang layak digelar “Ikon Bisnes Muda Malaysia”.
Sebab dalam tempoh hanya 3 tahun sejak Anwar jadi PM sahaja, beliau telah menjadi pengerusi bagi 5 syarikat tersenarai, dan pada masa sama didakwa mempunyai kepentingan dalam 5 lagi syarikat tersenarai iaitu MMAG, Key Alliance, HeiTech Padu, Theta Edge dan NexG serta usaha untuk membina syarikat perlombongan degan keluasan 70,000 hektar.
Atas kejayaan luar biasa dalam tempoh itu, dia turut dianugerah gelaran Dato', Datuk. Datuk Wira dan Dato' Seri.
Bukan semua anak muda sekitar umur 40 tahun boleh capai tahap ini dalam masa sesingkat itu.
Bila Keajaiban Menanti Di Pintu
Dipetik dari hantaran semalam di Facebook penulis dan aktivis politik Eric See-To - Lim Sian See
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment