Harga diesel naik pecah rekod


Merujuk kenyataan dari pihak Kerajaan, media melaporkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 2 hingga 8 April meningkat kepada RM6.02 seliter.

Penyelarasan dengan formula automatic pricing mechanism (APM) itu menyaksikan harga runcit diesel meningkat RM0.50 berbanding harga minggu lepas.

Harga RON95, dengan atau tanpa subsidi, kekal dengan masing-masing RM1.99 dan RM3.87 seliter.

Selain itu, harga runcit bagi RON97 pula turun kepada RM4.95 seliter berbanding RM5.15 seliter sebelum ini, menyaksikan penurunan sebanyak 20sen.

Sementara itu, harga runcit diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dengan harga RM2.15 seliter.

Dorongan krisis tenaga global

Kementerian Kewangan (MOF) berkata krisis tenaga global yang masih berlarutan mendorong lonjakan harga minyak mentah brent melebihi 40 peratus sehingga melepasi paras AS$100 setong.

Menurutnya, lebih kritikal harga minyak yang diproses (refined product) bagi petrol dan diesel juga melambung tinggi masing-masing pada harga AS$150 dan AS$250 setong, sekali gus memberi tekanan kepada harga jualan runcit bagi kedua-dua produk berkenaan.

"Kerajaan komited untuk memastikan rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan harga minyak global.

"Sejak krisis Asia Barat meletus, kerajaan tidak mengapungkan sepenuhnya harga runcit di pam malah masih menampung sebahagian kos subsidi petrol dan diesel bagi tempoh tiga minggu berturut-turut.

"Justeru usaha mengekalkan harga petroleum bersubsidi kepada rkayat serta sektor tertentu akan terus diperkukuh bagi membendung kenaikan harga barangan dan melindungi kesejahteraan rakyat," kata MOF.

Had pengisian diesel di Sabah, Sarawak

MOF turut mengumumkan pelaksanaan had pengisian diesel bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Had pengisian ditetapkan dengan maksimum 50 liter setiap pembelian bagi kenderaan ringan pengangkutan darat, awam barangan dan persendirian.

Maksimum 100 liter setiap pembelian pula bagi kenderaan darat awam dan barangan tidak melebihan tiga tan dan maksimum 150 liter setiap pembelian bagi kenderaan melebihan tiga tan.

MOF berkata, sebagai langkah interim susulan kenaikan harga diesel, kerajaan mengekalkan bantuan tunai tambahan Budi Diesel sebanyak RM100 pada bulan April, menjadikan  jumlah bantuan sebanyak RM300 kepada penerima Budi individu dan Budi Agri-Komoditi.

Selain itu jelasnya, kerajaan juga sedang mempertimbang langkah-langkah jangka sederhana dan panjang bagi memastikan mekanisme subsidi kekal mampan, telus dan memanfaatkan rakyat dengan mengambil kira perkembangan semasa krisis tenaga global serta implikasi terhadap pasaran tenaga global.

"Kerajaan Madani akan terus mengimbangi keperluan fiskal dengan perlindungan rakyat secara teliti dan berhemah bagi memastikan kesejahteraan ekonomi negara serta kelangsungan hidup rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.


End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.comp

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Dad and Kids

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

When the damages are already there, then only you start blaming everybody except yourself