Bekas presiden MCA meninggal dunia

Tun Dr Ling Liong Sik

Bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seumur Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik, 83, meninggal dunia pagi ini, agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan hari ini.

Perkara itu disahkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Kami menerima berita sedih mengenai Tun Dr Ling yang meninggal dunia hari ini.

“Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dr Ling dilahirkan pada 13 September 1943 di Kuala Kangsar, PeraAA 

Beliau mendapat pendidikan awal di King Edward VII School, Taiping sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi serta memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) daripada University of Singapore pada 1966.

Memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Pulau Pinang sebelum aktif dalam politik dengan menyertai MCA pada 1968, Ling mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Ong Ee Nah, serta dikurniakan dua anak lelaki, Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.

Mendiang pernah menjadi Ahli Parlimen Mata Kuching selama tiga penggal dari 1974 hingga 1982 serta Ahli Parlimen Labis selama empat penggal dari 1986 hingga 1999.

Sepanjang tempoh itu, beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan termasuk Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri Penerangan, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pendidikan.

Jawatan terakhir mendiang ialah sebagai Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari 1986 hingga meletak jawatan pada 2003.

Sepanjang perkhidmatan sebagai Menteri Pengangkutan, Dr Ling memainkan peranan penting dalam pemodenan pelabuhan negara termasuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai hab pemindahan global sekali gus meningkatkan daya saing Malaysia dalam perdagangan antarabangsa.

Beliau turut menyumbang kepada pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebagai pintu masuk utama negara.

Dalam parti, Dr Ling merupakan Presiden keenam MCA dan berkhidmat dari 3 September 1986 hingga 23 Mei 2003 sebelum dilantik sebagai Presiden Kehormat Seluruh Hidup pada 13 Jun 2003.

Sepanjang tempoh kepimpinan, beliau memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan MCA dalam Barisan Nasional serta landskap politik negara.

Selain itu, mendiang turut aktif dalam bidang pendidikan dan korporat termasuk sebagai Canselor Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) serta Pengerusi Kolej Tunku Abdul Rahman.

Pada 2004, beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun.


End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri