Anwar tak pernah berbohong, kata aktivis

Sekumpulan pelabur dan bekas pekerja telah saman ahli perniagaan Vinod Sekhar untuk tuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta sebab dakwa mereka tertipu. 

PMX telah dipanggil sebagai saksi dalam kes saman ini sebab Vinod sering kali memberitahu pelabur-pelabur itu bahawa dia mempunyai hubungan rapat dengan PMX serta mengaku PMX akan "settle" status muflis Vinod itu.

Namun, PMX enggan hadir sebagai saksi dan telah hantar permohonan rasmi kepada mahkamah untuk membatalkan sapina terhadapnya dengan alasan tiada bukti dan tiada asas sama sekali untuk mengatakan dia mempunyai hubungan rapat dengan Vinod.

Namun berdasarkan jejak digital dan hantaran awam sejak beberapa tahun lalu, terdapat banyak bukti yang menunjukkan hubungan rapat antara PMX dengan Vinod serta keluarganya.

Antaranya:

30 Mei 2018 (iaitu 2 minggu selepas Anwar keluar penjara)

Vinod memuat naik hantaran berserta gambar menyatakan Anwar telah melawat rumahnya sehari sebelum itu. Dalam hantaran tersebut, beliau menggelar Anwar sebagai “kawan lama” dan “saudara”, serta menyebut mereka berbual dan ketawa selama dua jam bersama keluarga.

17 Ogos 2018

Vinod sekali lagi berkongsi berserta gambar bahawa Anwar melawatnya ketika beliau sedang pulih daripada serangan jantung. Beliau menyifatkan kehadiran Anwar sebagai satu sokongan moral yang besar, sekali lagi menggunakan istilah “friend” dan “brother”.

September 2018

Vinod turut dilihat terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Port Dickson bagi membantu Anwar kembali ke Parlimen.

Awal 2020 

Anwar hadir ke Kota Kinabalu untuk melancarkan portal media The Vibes, yang dimiliki oleh Petra Group milik Vinod.

2021

Anwar memuat naik hantaran berserta gambar menziarahi Vinod selepas kematian ibunya, menunjukkan hubungan yang melibatkan keluarga.

24 November 2022

Vinod dilihat mempunyai akses ke pejabat Anwar di Jalan Gasing sebelum pelantikan sebagai Perdana Menteri, dan turut hadir dalam sidang media pertama Anwar selepas mengangkat sumpah.

10 Ogos 2023

Dalam ucapan hari jadi kepada Anwar, Vinod menyatakan beliau telah mengenali Anwar selama 45 tahun dan menyifatkan beliau sebagai seorang “friend”.

22 Ogos 2023

Dalam satu podcast, Vinod mendedahkan bahawa keluarganya telah menyokong Anwar selama lebih 25 tahun, malah terlibat dalam membantu strategi politik sepanjang tempoh tersebut.

Pun begitu, PMX kata tiada bukti dan tiada asas sama sekali.

Entah lah sebab saya percaya PMX ialah seorang berintegriti yang tak akan berbohong kepada mahkamah kerana ianya satu kesalahan yang serius - langsung tak sama dengan kencing Rakyat hari-hari.



Dipetik dari hantaran semalam di Facebook aktivis politik Eric See-To - Lim Sian See 

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri