Anwar tak mahu layan atau takut Rafizi?

Media melaporkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk tidak melayan gesaan bekas timbalannya, Datuk Seri Rafizi Ramli supaya dipecat daripada parti itu sekiranya didapati melanggar perlembagaan organisasi.

Hari ini, Ahli Parlimen Pandan, Kuala Lumpur itu mencabar tindakan terhadapnya susulan menerima surat tunjuk sebab terbaru daripada PKR.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan keutamaannya selaku Perdana Menteri kini tertumpu kepada usaha menangani cabaran ekonomi negara, bukan polemik dalaman parti.

"Tak apalah isu ekonomi negara lebih serius berbanding masalah peribadi," kata Anwar ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi.


Seperti dilapor Malaysiakini, Ahli Parlimen Tambun, Perak itu berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah, Cheras Baru, Ampang hari ini.

Terdahulu, melalui satu catatan di media sosial, Rafizi berkongsi maklum balasnya terhadap surat bertarikh 9 April daripada Lembaga Disiplin PKR yang memperincikan beberapa dakwaan pelanggaran disiplin yang didakwa mencemarkan nama parti.

Dalam jawapannya, Rafizi menggesa lembaga itu membuat keputusan tegas dan segera berhubung kedudukannya dalam parti, sambil menyatakan rakyat “sudah mual” dengan perkembangan tersebut.

"Jika penjelasan saya itu dikira telah melanggar perlembagaan parti, jadilah seperti sebuah parti yang normal (dan tidak songsang) dengan mengambil tindakan memecat, seperti yang telah dibuat kepada anggota-anggota parti lain yang dikenakan pertuduhan disiplin sebelum ini," kata ahli parlimen Pandan itu yang pernah popular dengan panggilan Pakar Formula.

Pada Februari lalu, Rafizi mendakwa PKR cuba menekannya agar meninggalkan parti, sekali gus membuka laluan untuk dia digugurkan sebagai ahli parlimen melalui peruntukan undang-undang anti lompat parti.

Perkembangan itu susulan tindakan PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab yang mendakwa Rafizi telah mengisytiharkan peletakan jawatannya daripada parti apabila mengumumkan hasrat bertanding dalam pilihan raya umum akan datang bukan atas tiket PKR.

Surat tunjuk sebab terbaru yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Zainol Samah, turut menyatakan Rafizi didakwa kerap mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti dan presidennya, Anwar Ibrahim.


End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.comp

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri