Rafizi akan kekal bertanding di Pandan dalam PRU akan datang

Ahli Parlimen Pandan, Kuala Lumpur, Datuk Seri Rafizi Ramli menafikan spekulasi bahawa dia akan mengosongkan kerusi itu bagi membolehkannya bertanding di Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum akan datang.

Merujuk episod terbaru podcast Yang Berhenti Menteri, Malaysiakini melaporkan Rafizi mengulas saranan bekas Ahli Parlimen Bangi, Encik Ong Kian Ming agar dia mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi tersebut, yang kini disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya nak beritahu ini hanyalah sembang kencang Ong Kian Ming saja. Saya dah umumkan berkali-kali menyatakan bahawa saya akan bertanding di Pandan.

“Pendirian politik saya dan kawan-kawan yang lain yang lain sebenarnya tidak berkaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pun, ikut suka dialah dia nak buat apa,” kata bekas menteri ekonomi itu.

Ong, yang tidak mempertahankan kerusinya dalam PRU15, sebelum ini berspekulasi bahawa Rafizi mungkin menyasarkan pertandingan yang “lebih besar” berbanding berdepan dengan jangkaan calon PKR di Pandan, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Saya merasakan ada dua individu yang mungkin ada di minda Rafizi yang lebih besar, yang lebih sesuai iaitu Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Presiden PKR (Anwar).

“Ada juga kemungkinan yang rasa yang agak besar PMX akan turun ke Kuala Lumpur untuk bertanding di Bandar Tun Razak bagi menggantikan Wan Azizah.

“Rafizi kemudian akan bertanding di Bandar Tun Razak untuk cuba mengalahkan Anwar,” katanya lagi, sambil menambah parti bukan Pakatan Harapan mungkin memberi laluan untuk pertandingan satu lawan satu.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga bekas timbalan presiden PKR menegaskan bahawa dia menyokong “politik progresif” berbanding pendekatan berasaskan individu.

“Itu juga antara punca pertembungan dalaman dalam PKR, kerana sekarang ini ada yang melihat masa depan mereka dan politik mereka bergayut dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami melihat masa depan politik itu maknanya mempertahankan dan menyegarkan politik yang progresif di masa akan datang bersama atau tidak bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jadi sudah tentu perkiraan politik kami tidak terikat kepada sesiapa pun. Kami bukan jenis berkira-kira, mungkin Ong memanglah jenis berkira-kira dulukan. Kami taklahkan.

“Saya juga tidak pasti sama ada beliau bercadang untuk bertanding semula atau kembali aktif dalam politik. Kita tunggu dan lihat,” tambah Rafizi.

Rafizi turut memaklumkan bahawa dia tidak berhubung dengan Ong sejak 2021 akibat perselisihan pendapat antara mereka.

“Salah satu sebabnya ialah saya kurang selesa, terutama pada 2021 apabila timbul khabar angin bahawa beliau (Ong) lebih cenderung kepada Muhyiddin Yassin.

“Pada masa itu, saya ingat ada kumpulan kecil dalam DAP yang melihat pilihan antara BN dan PN sebagai ‘dua keburukan yang lebih kecil’, dan mereka lebih cenderung kepada Muhyiddin.

“Mengenai kenyataan terbarunya, saya kurang memahaminya. Untuk membuat komen politik seperti itu, beliau sepatutnya mempunyai maklumat dalaman.

“Namun dalam PKR sendiri, kami tidak begitu selesa dengan beliau. Beliau tidak pernah benar-benar rapat dengan kami, tetapi cara beliau bercakap seolah-olah kami sahabat baik,” tambahnya.

bersubsidi RM1.99 seliter.


End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.comp

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak